mak sakit.

Semakin dekat final semakin aku malas. Malas segala benda. Aku macam redha jer. Tapi bila jumpa boss aku, dia bagi aku semangat. Semangat untuk aku hilang sifat malas. Lepas tu aku jadi rajin balik. Tapi sekejap jelah. Mat jenin kan?
Baru-baru nih, mak aku bagitau dia sakit kaki. Mak cakap tak larat sangat. Siap merangkak nak pergi belakang. Bila aku dengar aku macam nak terbang balik perak. Nak sampai rumah masa tu juga. Tapi mak cakap mak okey. Mak cuma tak larat sebab baru balik dari vacay dengan kawan-kawan dia. Banyak sangat berjalan dua tiga hari. Lagipun malam sebelum tu mak terjatuh sebab kejar torez. Dia main kejar-kejar dengan mak aku.
Malam esok adik beradik aku balik perak. Aku tak boleh sebab tuntutan kerja dan belajar. Aku telefon mak. Minta maaf sebab tak dapat balik dalam masa terdekat. Mak cakap tak payah balik sebab mak dah okey. Dah boleh pergi dengar mengaji, pergi market, buat kerja kat luar. Lagipun mak dah ada ubat. Mak dah sapu minyak. Aku sedih. Mak aku sentiasa nak nampak sihat. Tak pernah nak menyusahkan anak-anak. Bila anak minta tolong insyaallah dia tolong.
Aku sedih. Aku risau kalau aku tak dapat tumpu dengan belajar sebab teringa mak. Aku nak sangat balik. Tapi kerja kena siapkan. Bila aku janji aku akan balik awal masa nuzul quran dan teman mak aku sebab aku dah habis exam dan komitmen kerja dah kurang, mak aku jelas gembira. Sebab ada orang teman berpuasa bersama. Sebab sekarang nih sejak semua anak-anak bekerja mak aku puasa sorang-sorang. Siap pernah cakap tak lalu nak makan. Nak masak asyik teringat anak-anak. Sebab setiap kami adik beradik mak tau favourite food kitaorang. Mak tanak masak sebab takut terkenang kitaorang.
Insyaallah minggu selepas exam tamat aku akan ikhtiar cuti. Aku nak teman mak aku. Sebab aku dah tak ada sape-sape melainkan keluarga aku. Mak dengan adik beradik aku. Dorang semua harta tak ternilai aku. Aku tak sanggup kehilangan harta aku nih.
Aku sayang mak aku. Sayang sangat.
Moga mak cepat sembuh.
Lebiu mak.

No comments:

Post a Comment