ESOK 16/02/2013

Esok aku akan menjadi pelajar kembali. Aku akan mendaftarkan diri sebagai salah seorang pelajar di UiTM.  Risau sangat aku. Tadi aku jumpa boss aku. Minta sign untuk kebenaran majikan. Dia yang excited sebab aku mahu belajar. Dia siap suruh aku dapatkan modul untuk semester ini supaya dia boleh tolong aku memcapai pointer yang cemerlang. 
Emak aku dikampung menasihatkan aku supaya belajar rajin-rajin. Emak aku siap pohon maaf sebab tak dapat teman aku semasa hari pendaftaran. Kakak dan adik aku pun macam tu. Aku sebenarnya terkejut dengan pandangan positif orang sekeliling aku. Terharu aku. 
Esok aku akan kembali sibuk. Sudah tak ada hari senang lenang hujung minggu. Insya Allah mohon dipermudahkan segalanya. Selesai esok akan fikir masa untuk bulan May pulak. hehehe:)

No comments:

Post a Comment