itu semua kenangan...

Saya baru approve kawan lama di facebook. Memang saya tak kenal beliau memandangkan beliau memakai nama lain. Dia adalah kawan lelaki masa di sekolah rendah saya. Memang musuh tradisi. Tidak boleh dekat ada saja bertekak. Maklumlah lelaki dengan perempuan. Memandangkan nama saya huda + fizikal saya yang kecil ini banyak sangat fakta yang boleh dijadikan bahan ejekkan beliau.
*kuda padi, kuda laut, kuda kepang, kacang kuda.
yang saya tak boleh tahan sangat beliau siap bawa gambar kuda datang ke sekolah. ishkk sangat tidak masuk akal..
masa rehat boleh dia beli kacang kuda dikantin banyak-banyak dan masuk kelas baling-baling kacang tu dekat saya. sangat biadap.
*katik, pendek, kecik.
memandangkan dahulu ayam katik adalah ayam yang mahal harganya beliau asyik mengejek katik dengan kuat dan ini memalukan saya dihadapan ramai jejaka lain. whooppsss..
Beliau juga suka menyakat saya sehinggakan menyorok beg sekolah saya dan seperti biasa saya perempuan melayu terakhir ini mengadulah dekat cikgu. Dan padahnya kawan-kawan beliau yang kene marah. Bukannya beliau orang yang melakukan aktiviti.. ( baru tahu sebab dia baru cerita di facebook )...
Kenangan, kenangan. Comel saja kenangan masa kecil kecil. tapi saya tidak boleh balik pada waktu itu. Waktu yang tahu main, tengok tv dan tidur. Happy!!!

No comments:

Post a Comment