keMALASan

21 Ogos 2010
Semalam penat. Walaupun bukan makan dengan banyak tetapi cukup sudah membuatkan saya malas pada hari ini. Titik. Malas nak edit gambar. Malas nak bangun sahur. Malas nak baca novel. Malas nak tengok tv. [terukkan!!malas TERlampau].
Ada satu faktor yang menyebabkan saya terlalu malas sebenarnya. Emak saya datang sini...Jadi kesemua benda yang hendak dibuat diabaikan kerana takut tidak sempat menjemput emak di station bas. Okey sangat bahagia sekarang. Hari ini berbuka dirumah makcik di Hulu langat.

**Semalam sangat meletihkan memandu kereta ke Ampang. Jem terlampau teruk menyebabkan keadaan fizikal saya tidak terkawal emonya. Tetapi jumpa sahaja adik-adik semua kesakitan TERubat. Penawarkah mereka?..Balik Shah Alam kawan saya menawar diri menghantar saya. Sangat suka. (perlu kot sebab spec saya hilang)

No comments:

Post a Comment