keluargaku TERCHINTA

31 julai 2010
IPOH, PERAK
Pulang ke IPOH. Hooorrrayy. Memang dinanti-nantikan. Maklumlah rindu dendam dengan DAMIA tersayang. Alamak sebenarnya saya juga amat merindui EMAK terchinta :) Sedikit majlis diadakan kerana dirumah mertua abang saya [kampung manjoi] untuk meraikan puasa yang bakal menjelang, anak beliau ke gaza [misi menyelamat masjid al-aqsar], cucu terbaru [tentulah Muhammad Aqeef Amsyar] cukur jambul + Aqiqah dan Nur Amirah Damia dua tahun.

Majlis meriah tetapi saya amatlah pemalu dan amat pendiam orangnya ketika majlis. Hanya bertenggek disisi emak dan sanak saudara saya. Sungguh baik Aqeef tidak meragam dan tidur saja sewaktu sessi marhaban dan menCUKUR rambut beliau. Dan, kakaknya Damia amatlah tidak boleh duduk setempat. Berjalan tidak cukup tanah TETAPI hanya akan senyap apabila berada disisi ayahnya.
Aqeef Amsyar didalam buaian

keluarga razak ramlan

No comments:

Post a Comment