emosi

Setiap orang ada kisah. Kisah yang kita sendiri rasa. Kisah yang bermain dengan perasaan. Ada gembira, sedih, kecewa dan lemau. Lemau disebabkan perasaan terlalu sedih dan tak tahu hendak beriaksi macam mana. Jatuh terduduk sebab terlampau sangat kecewa. Kecewa yang orang lain tak boleh rasa. Kita saja yang rasa. Memang kita tak pernah minta segala ini terjadi. Tapi percayalah Allah Maha Mengetahui. Kita diuji sebab Allah sayangkan kita. Insyaallah ada hikmah disebaliknya. 
Kalau setiap hari yang dilalui memeritkan tinggalkan dulu apa yang kita lakukan, dan solatlah menghadap Allah. Mohon ketenangan di sisiNya. Aku dulu selalu sangat emosi. Emosi yang ntah apa-apa. Sehinggakan aku rasa semua disekeliling sedang gelakkan. Kita kena luahkan. Bila diluahkan hati akan tenang. Luah pada yang Maha Esa. Bukan kawan yang mengambil kesempatan. 
Perempuan mudah bermain emosi. Memang aku takkan percaya jika perempuan tu selalu buat tak kisah. Dia bukan tak kisah tapi dia sabar. Sabar kena pada tempatnya. Jujur aku bukan perempuan spesis yang terlalu sabar. Aku rimas dengan lakonan perempuan lembut-lembut nih. Bukan bermakna aku kasar. Aku cuma tuff yang pada aku bersesuaian dengan ketegori wanita zaman teknologi ini. Hidup tanpa kekuatan akan hancur. Bila saat orang yang kita sayang dah tak sayang kita lagi. Dah tak peduli kita lagi. Masatu syaitan memainkan peranan. Mengoda kita melakukan perbuatan keji.
Apa yang aku lihat perempuan terlalu mengikut perasaan. Aku tak mahu lagi jadi macam aku dulu. Insyaallah aku cuba menggembirakan hati ini walau tengah walang sekarang ):

28 tahun

aku type aku delete
aku type aku sendiri delete
aku type lagi dan aku juga delete.

sekarang pening idea tak ada.
otak dah surut dengan idea.

baru-baru hari lahir aku. hari aku dengan anak buah aku. Aqeef  amsyar sihensem bergaya :)
aku sekeluarga makan cake. sambut biasa biasa saja dirumah. malam hari dinner diluar. 
damia aqeef dan icha excited dalam bab tiup dan potong cake. comel dorang semua nih.
tahun nih aku dah 28 tahun. tak rasa tua dan tak rasa muda.
muak dah hitung umur. 
biarkan masa berlalu...

impian bukan mudah digapai

walau segunung usaha kita kerjakan, kalau bukan hak kita selamanya bukan hak kita. kita kena redha. itu adalah takdir yang perlu kita tempuh. 
kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.
bersyukur dengan apa yang kita usahakan 
belum tiba masa kita untuk memiliki apa yang diinginkan sekarang.
Insyaallah suatu hari nanti. ia pasti terjadi. Ameen.

usaha, doa dan tawakal.

perjalanan hidup perlu diteruskan. bukan berhenti dititik noktah bahawa  hidup  kita sudah musnah. Allah maha mengetahui. Dia mengetahui bahawa aku sebenarnya belum layak memiliki. Jadi sebagai hambaNya aku harus redha dan bekerja keras sedaya mampu supaya aku mampu memiliki. aku memang seperti orang lain yang akan terasa bila diri jadi sebegini. tapi nasihat orang sekeliling aku faham bahawa segala benda yang dihajati tidak semestinya akan dimiliki. buka mata dan pandang ke hadapan. teruskan hidup dan mulakan dengan semagat baru. 

penat  nak bersedih
penat nak berendam duka

air mata pun penat nak keluar.

haaiihhh :p

Selamat hari Ibu

Emak dah semakin berusia. Kudrat dia semakin tidak bertenaga. Teringat lagi masa aku kecik arwah bapak kerja, mak dirumah dari satu kerja ke satu kerja dia buat. Mengemas, membasuh, memasak dan mengosok baju dan ke pasar. Petang baru mak berehat. Rehat sambil layan bapak makan nasi. Masa tu baru dengar mak borak-borak dengan bapak. Romantik sekali mereka.
Pernah emak demam, rumah jadi tungang langgang. Mak tak daya bangun untuk masak. Masa tu baru nampak bapak pengang periuk. Nampak kekok tapi masa tu bapak gagah dimata aku. Kami selera makan sebab lapar mungkin. Esoknya emak masak untuk kami walau emak waktu tu belum sihat sepenuhnya. Besar sungguh pengorbanannya.
Bila aku besar, aku semakin rapat dengan mak. Mak kawan aku. Aku sayang mak aku. :)
Selamat hari ibu mak. Maaf wish terlewat.
kami anak beranak dan cucu-cucu mak.

Bandung Trip

Date : 02/05/2013-05/05/2013
*kami semua tak balik kampung mengundi :(

Pertama kali menjejakkan kaki di Bandung, Indonesia. Ramai sangat orang aku tanya. Manalah tau kita nih mana peenah pergi lagi kan. Orang gelar syurga kain. Tambah dah nak raya nih memang ramai sangatlah orang Malaysia ke sana. Niat sebenar aku ke sana hanya untuk cuci mata. Jadi kami semua decide tanak amik laugage.Tapi perkara sebaliknya. Masing-masing berkendong beg yang dibawa. Siap tambah beg lagi masa disana. Jadi memang duit kena tambah lagi lah bila check-in. Hehehe...
Aku bersyukur kami semua selamat. Dan apa yang diborong semuanya sesuai. Tak rugi dan semestinya tak membazir. Buat supir-supir kami yang terlalu baik hati kami semua selesa sekali. Nanti kami datang lagi ye. 
Day One : Iwan yang ensem. Nasib baik bapak orang kalau tak dah lama kene ngorat.
hehehe
Day Two : kami di Pasar Baru. Duduk diam kain bawa depan mata. Tak sesuai tukar yang lain.
Bahagianya layanan seperti ini.
 Day Three : Takuban Perahu. Cahaya terlalu terik tapi sejuk sangat. Sehingga nak pakai lagi jaket lain.
Ramai orang disini :)
 Karoeke hak milik Rossa. Sangat murah ok. Malam minggu hanya 60000rp (rm16) saja.
Selesa sangat.
KFC di Bandung. Boleh pilih nasi ataupun fries. Biasa saja. Masa nih dah rindu masakkan Malaysia
:'(
Ini supir kedua kami. Nama di A'am
Day four : Dalam perjalanan ke Airport. Singgah di sini untuk habiskan rupiah yang ada.
Untung kami semua sebab Ralph lauren tengah sales. :)

antara mak, kerja dan belajar.

Aku cuba jadi terbaik disebabkan sebelum ini aku tak pernah jadi yang terbaik. Tak pernah. Jadi aku berusaha. Aku pisahkan dunia sosial aku dengan hanya menatap buku. Buku sekolah. Aku cuba jadi pelajar yang bersusah payah bersengkang mata.  Menghafal hingga ke larut malam. Membuat latihan apabila otak tak boleh terima untuk hafalan aku. Memang susah. Memang payah. Bila bergelar pelajar E-PJJ.  Aku cabar diri aku. Aku mahukan keputusan yang terbaik untuk kali ini.  Persediaan untuk ujian pertama aku memang mulakan awal. Sehari selepas pensyarah beritahu tarikh ujian. Pulang dari kerja aku tidak berlengah seperti dahulu. Semua benda aku siapkan dengan kadar segera. Tanggungjawab terhadap Allah, keperluan perut aku dan kekemasan bilik. Selepas segala siap, terus aku hadap buku. Hafal dan terus menghafal. Membuat nota ringkas supaya senang menghafal di mana saja. Bukan toyol yang aku perlukan untuk ujian kali ini.

Pada hujung minggu waktu cuti aku tidak bermakna lagi. Ada saja kawan-kawan belajar aku ajak berbincang. Mereka semua adik-adik aku. Tapi aku hormat mereka kerana mereka lagi banyak ilmu dari aku. Mereka masing-masing boleh bahagikan masa mereka. Antara kerja + belajar + bercinta. Tapi aku pegun bila aku jadi pelajar. Aku selalu tensi bila aku tak dapat nak menerima apa yang aku belajar. Aku strugle. Sampaikan aktiviti lama aku lupuskan. Segala rancangan televisyen, movie di panggung, melepak mamak tengok bola dan jalan jalan cuba makan tak ada lagi untuk aku. Memang aku ketinggalan. Makan pun nasi bungkus. Kalau rasa otak tak dapat terima barulah makan dikedai.Tu pun sebab nak beri ruang otak berehat. Aku cuba menghargai walau seminit masa berjalan. Kawan serumah aku terus mahu menyambung pengajian disebabkan aku.

Selesai ujian pertama aku kecewa. Aku lebih memberi ruang terhadap hafalan aku sehingga aku lupa tentang ujian penggiraan.  Untuk kesemua ujian pertama aku rasa aku gagal buat yang terbaik. Benar-benar kecewa.  Aku mengadu dengan mak aku. Terus aku rasa nak balik kampung sekarang juga Aku dah lama tak ziarah kubur arwah bapak aku. Aku dah lama tak jenguk rumah dikampung Mak aku yang selalu datang sini jenguk anak-anak. Tapi mak aku selalu berlapik cakap. "Mak datang sini sebab ada family gathering". Tapi aku tau mak aku rindukan anak-anak berkumpul di rumahnya. Dulu setiap hari aku telefon mak. Sekarang dua tiga hari aku baru telefon mak. Kadang-kadang mak call aku tanya aku ada call dia ke tak. Sebab ada miscall. Bila aku jawab tak mak terus cakap nama orang lain. Selepas tu, aku berborak dengan mak. Mak banyak bercerita. Ceritakan segala hal. Lebih sejam bercerita.  Bila aku borak dengan akak dan adik aku. Mereka pun katakan perkara yang sama. Sekarang bila aku fikir-fikirkan balik sebenarnya mak aku perlukan kami semua. Tapi kami semua terlalu sibuk dengan pelbagai hal. Sampai abaikan mak.

Harini, bila aku beritahu aku nak balik kampung hujung minggu mak aku jelas gembira disebabkan perubahan pada nada suaranya. Aku perlu balik untuk gembirakannya. Mungkin ini hikmah bila aku kecewa terhadap ujian pertama, aku baru teringat hal yang selama ini aku lupa buat. Aku perlu hiburkan mak aku. Sebab mak aku perlukan anak-anaknya. Aku sayang mak aku. Mak aku hanya seorang.
Puan Normadiah.

limameiduaributigabelas

Hujan datang lagi. Datang untuk menyuburkan tanah. 
Pilihanraya datang selepas lima tahun menyepi.
Tapi kali ini, aku tidak dapat menunaikam tanggunghawab sebagai rakyat Malaysia.
Kenapa lah 5hb dipilih.
Aku tak dapat balik kampung lah macam ni. 
Nak mengundi nak rasa rakyat malaysia yang prihatin terhadap masa depan negara.
sob sob sob