Showing posts with label hari besar kawan. Show all posts
Showing posts with label hari besar kawan. Show all posts

hari besar aishah

Sabtu 26012013 merupakan hari besar sepupu aku norul aishah bersatu dengan pilihan hati faiz. Damia aqeef icha datang sini. Gamatlah rumah maktam aku. Dua hari sebelum damia datang sini dia pakai inai sendiri. Inai tiub. Habis comot jari dia. Bila aku tanya kenapa pakai inai comot. Dia jawab kakak nak kawen dengan rayyan. Gatai betul anak buah aku. Ingat nikah khawin ni semudah ABC ke?
Di sana beliau memang asyik berkepit dengan rayyan saja. Nak cari damia kena cari rayyan dulu. Masa aku kecik-kecik aku bukan macam tu kan? hehhehe....
Aishah memakai sepenuhnya busana ciptaan amir jauhari. Cantik...

*aku sebenarnya teringin sangat nak jumpa blogger yang aku selalu hadap blog dia hari-hari. Kak hidd mihat. Dia satu pejabat dengan aishah. Tapi malangnya dia balik awal. Hanya tulisan kad hadiah dia je aku tatap. Comelnya tulisan dia.
aku macam mak-mak yang mulut tak reti nak stop untuk bercakap.
masa nih icha tengah menangis tapi dalam gambar dia macam tersenyum.
comelll

[tahniah] mira dan aishah

Shah Alam-Klang-Bangi

5 december 2010 hari besar buat mira dan pasangan juga buat aishah dan juga pasangan. tahniah saya ucapkan. Kami sepakat pergi bersama-sama meraikan hari bersejarah buat mereka. Tahniah dari kami gadis yakut.

Majlis mira dan juga eddie (bekas gadis yakut)





Selepas posing memposing, cium-cium dan laga-laga pipi bagai terus meneruskan perjalanan ke Bangi. Kali ini ke kenduri Aishah (kawan cikgu niza). Sedikit posing kami semua..





[tahniah] dila bertukar status

Tahniah dila. Maaf tidak dapat hadir ke majlis pertunangan. Selamat menjalani kehidupan seharian sebagai tunangan orang. Dugaan dalam bertunang ini terlalu hebat (dengar kata-kata kawan) jadi tingkatkanlah kesabarannya. Insyaallah semua yang diimpikan akan tercapai. Majlis perkahwinannya insyaallah saya akan menghadirkan diri. Maklumlah kawan serumah berkongsi bantal. Kawan menangis dan kawan ketawa.

*Bilalah saya mahu dipinang orang. Minta-minta jodoh saya akan tercapai juga

Maaf gambar tidak diupload kerana beliau sendiri belum mengUPLOAD ke fb:)

hari besar DAHLIA

13/09/2001.
Kamunting, Taiping PERAK


Sudah lama tidak ketemu kawan-kawan sekolah. Amat pendek sangat masa berbual mesra. Sumpah banyak lagi cerita mahu dikongsi TETAPI masa amat cemburu dengan saya. Okey siapa mahu kahwin sila jemput saya kerana saya mahu join anda semua berbual mesra dan umpat mengumpat. [betulkah?].. Dahlia selamat pengantin baru. Tahniah, dengan majilis ini dapat balik mengenali rakan-rakan lain. Semoga berbahagia kehingga akhir hayat.