Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Bandung Trip

Date : 02/05/2013-05/05/2013
*kami semua tak balik kampung mengundi :(

Pertama kali menjejakkan kaki di Bandung, Indonesia. Ramai sangat orang aku tanya. Manalah tau kita nih mana peenah pergi lagi kan. Orang gelar syurga kain. Tambah dah nak raya nih memang ramai sangatlah orang Malaysia ke sana. Niat sebenar aku ke sana hanya untuk cuci mata. Jadi kami semua decide tanak amik laugage.Tapi perkara sebaliknya. Masing-masing berkendong beg yang dibawa. Siap tambah beg lagi masa disana. Jadi memang duit kena tambah lagi lah bila check-in. Hehehe...
Aku bersyukur kami semua selamat. Dan apa yang diborong semuanya sesuai. Tak rugi dan semestinya tak membazir. Buat supir-supir kami yang terlalu baik hati kami semua selesa sekali. Nanti kami datang lagi ye. 
Day One : Iwan yang ensem. Nasib baik bapak orang kalau tak dah lama kene ngorat.
hehehe
Day Two : kami di Pasar Baru. Duduk diam kain bawa depan mata. Tak sesuai tukar yang lain.
Bahagianya layanan seperti ini.
 Day Three : Takuban Perahu. Cahaya terlalu terik tapi sejuk sangat. Sehingga nak pakai lagi jaket lain.
Ramai orang disini :)
 Karoeke hak milik Rossa. Sangat murah ok. Malam minggu hanya 60000rp (rm16) saja.
Selesa sangat.
KFC di Bandung. Boleh pilih nasi ataupun fries. Biasa saja. Masa nih dah rindu masakkan Malaysia
:'(
Ini supir kedua kami. Nama di A'am
Day four : Dalam perjalanan ke Airport. Singgah di sini untuk habiskan rupiah yang ada.
Untung kami semua sebab Ralph lauren tengah sales. :)

kali ini bersama keluarga

Saya kembali lagi ke kuala terengganu. Kali ini bersama keluarga. Datangnya ke sini adalah untuk meraikkan majlis sepupu saya. Sekali lagi, terengganu amat panas. Tetapi kedatangan kali ini menguji tahap kesabaran kami semua. Kami beramai-ramai menaiki bus yang telah di tempah. Bus persiaran okeyh. Hahaha ingatkan bus sekolah baru nak perasan budak sekolah. Janji dengan driver bus pukul 10malam tetapi janji melayu memang begini. Pukul 11.30 baru sampai. Mujur sampai kalau tak lantik kak long gegar kawasan orang tue
Pada asalnya sampai saja kami di terengganu terus menuju ke pasar payang tetapi terpaksa dibatalkan akibat bus rosak ketika berhenti solat subuh di masjid Jerteh. Bengkel buka pukul 9lebih jadi kami beramai-ramai bersabar. Kesian damia mengantuk dan meragam kerana tidur terganggu. Hampir jam 12 barulah bus boleh dihidupkan dan berfungsi.
Dari jerteh ke kuala terengganu makan masa selama 2jam.
Trus ke rumah pengantin. Makan dan minum.
Bersiap gerak dan bersiap untuk pulang. Sebelum itu singgah di masjid kristal. Sempat ambil gambar beberapa keping saja. Terus bergerak ke kota bahru. Singgah ke wakaf che yeh. Tibanya disini hujan lebat dan mampu lihat dari dalam bus.
Pendek kata rombongan kali ini hancur. Tapi takpe kenangan dengan keluarga adalah saat manis bersama.

Terengganu darul iman

Date : 25/02/2012-27/02/2012
Vanue : Kuala Terengganu, Terengganu.


Kuala terengganu amat panas. Itu pandangan pertama apabila saya menjejak kaki disini. Hebat sungguh laut di terengganu ini. Kami semua menginap di sutera beach resort. Cantik dan menarik pemandangan di resort ini.




Day One :
Sampai di Terengganu pada pukul 8:10a.m. Kami merayau-rayau di sekitar kuala terengganu. Berpusing-pusing daerah manir, maydin mall dan jambatan toll ditamatkan. Jambatan tersebut boleh nampak view masjid kristal. Malamnya kami beramai-ramai makan besar untuk meraikan hari lahir kakak zakia.
Di Pasaraya Mydin
Cikgu
Bobo
Saya
Kami tanpa cikgu


Day Two :
Arghhh pagi-pagi kami beramai-ramai berlari di sekitar pantai. Memang tenang. Lupa sebenarnya umur masing-masing layak dapat anak. Pelbagai aktiviti kami lakukan. Apa yang teringat sewaktu zaman persekolahan kami lakukan. Selepas itu kami meneruskan aktiviti berjalan-jalan ke bandar kuala terengganu. Aktiviti menghabiskan duit dan bergambar. Pasar payang, kampung losong dan taman tamadun islam kami terokai beramai-ramai. Semua posisi bergambar kami lakukan. Weeeeeee


 Zakia
Huda
berhampiran pasar payang




Day Three :
Hari terakhir kami disini. Mesti akan rindu dengan deruan ombak pada waktu malam, rindu sunset yang cantik, rindu keadaan bergembira bersama-sama. Pusing-pusing lagi skali. Ke muzium melihat sejarah + artifak yang berada dimuzium yang terbesar di Malaysia.




*sangat terkejut dengan makan+minuman yang murah. The O suam cuma 50sen sahaja.
*pemandu di terengganu sungguh membahayakan. Mungkin tiada trek disana.
*suasana kampung yang jarang dijumpai sekarang

JOHOR DARUL TAKZIM

Date : 10/02/2012
Vanue : Batu Pahat, Johor.

Jumaat malam kami semua bergerak menuju ke Batu Pahat, Johor. Tujuan utamanya ialah menghadiri walimatul urus bekas budak rumah Yakut. Alhamdullillah segala impiannya tercapai. Tahniah, hidayah...

Selepas menghadiri majlis beliau kami semua menuju ke Johor Premium Outlets. Sekadar mencuci mata. Nak membeli takut tertunggak bill yang bertimbun. Niat utama ingin melawat JPO sahaja kerna banyak diperkatakan oleh kawan-kawan saya. Memang hebat tempatnya. Kebanyakkan butik-butik mewah. Bila masuk hanya mempu melihat. J

budak gedik bergambar
haiiih lahh huda razak..

Lawatan ke Johor kali ini amat menyeronokkan kerna :
·         Keluarga cikgu amat mengalu-alukan kedatangan kami anak dara genit.
·         Majlis hidayah+tom meriah. Happy sebab dapat merasa majlis orang selatan J
·         Tertunai hajat merayau ke JPO.
·         Ayer Hitam amat penuh dengan kedai cenderahati+perkahwinan.