Showing posts with label ayat berbola-bola. Show all posts
Showing posts with label ayat berbola-bola. Show all posts

# cubaan menulis 02


Makanan kegemaran aku ialah nasi lemak. Aku boleh makan nasi lemak berbungkus-bungkus. Sakit belakang kira janji perut kenyang diisi. Terbaru nasi lemak abang van di seksyen 2 sedap sangat. Aku boleh makan setiap hari.  Dua minggu aku amalkan makanan tersebut badan aku mula naik mendadak. Balik kampung emak berleter panjang. Siap bagi menu apa perlu aku makan. "Ingat epal hijau jangan lupa beli."Jadi aku stop makan nasi lemak. Aku makan epal hijau+nestum saja. Ini semua sebab badan naik mengila. Seumur hidup aku mana pernah berat mencapai angka 50++. Berat aku tetap tak turun. Segala menatang yg boleh mengurangkan berat badan aku amalkan. Jamu yang tak pernah aku makan pun sudah aku bedal. Rasanya macam aku nak muntah balik. Tapi demi duit yang aku laburkan aku terpaksa telan walau keadaan tekak tidak terima.Baru-baru ini, aku puasa. Puasa nazar. Aku kembali kepada abang van. Tiba-tiba teringin berbuka dengan nasi lemak ayam berempah. Jilat jari aku lepas makan. Tetapi hampa lori birunya tiada. Mujur aku ada nombor telefon abang tersebut. "assalamualaikum, abang arini berniaga ke tak? saya dah sampai tapi abang takde lagi". "Rini tak berniaga dik, van abang rosak. Minta maaf ye adik". Aku hampa. Nak berbuka dengan apa. Aku ke kedai menapau nasi goreng pataya. Tapi aku mau nasi lemak. Apalah abang nih. Kempunan sudah.Hari ini, aku dapat masej dari abang nasi lemak. 'Salam hari ini berniaga'. Aku baru sahaja melepasi seksyen 2 dan aku sanggup patah balik demi menyempurnakan kempunan aku semalam. Memang tidak dinafikan kesedapan nasi lemak itu ditambah pula kebersihan yang abang itu amalkan. Nasi lemak tu banyak tau. Hehe:p
Seperti biasa aku order nasi lemak ayam berempah dan sambal lebih. Aku memang hantu sambal. Pedas macam mana sekalipun aku sanggup. Hari ini abang tu lain sangat.
Dulu tak banyak cakap arini soal aku macam-macam
Dulu tak pernah pandang aku arini tiba-tiba tengok muka aku yang dah layu sebab 8 jam bekerja
Dulu tak senyum kat aku (aku je senyum lebih-lebih) arini senyum kat aku sampai aku nak pitam. Manis!!!
Antara persoalannya :
Mana kawan-kawan awak yang lain?
Taknak tapau kat kawan-kawan ker?
Owh kiranya awak nih single lah ye?
Duduk dekat mana?
Kerja mana?
Pergi kerja naik ape?
Awak ker yang telefon abang tanya berniaga ke tidak?
Yang no telefon 017-940 tu ker?
Dan yang last skali ayat yang memang membuatkan aku tersenyum simpul tak reti nak stop senyum :
Oklah abang dah tahu siapa yang call tu. Dah tau orangnya. Nanti abang call.
Okeyh pengsan....


# cubaan menulis 01

Jam 5.50 petang masih ada masa untuk berlepas. Pergi menjamu selera dahulu. Sebelum itu menunaikan tuntutan agama. Amira (bukan nama sebenar) pergi membeli KFC (makanan fastfood yang sememangnya kene dengan tekak) sementara temannya aliya (bukan nama sebenar) solat. Order dibuat dan menunggu staff menyediakannya. Tiba-tiba terasa sesuatu yang dekat dengannya. Automatik memandang belakang. Seorang lelaki berdiri begitu hampir dan mengeluarkan hp. (Abang mintak bb pin). Rimas dengan gangguan begitu tetapi menghormati orang sekeliling amirah hanya bersabar. Mencari tempat dan memulakan aktiviti makan. Sengaja mengambil tempat dibelakang. Adatla privasi. Dan aliya keluar dari surau. Kebetulan surau bersebelahan dengan KFC.
Amira membasuh tangan dan bergerak ke tempat duduk. Serta merta terpandang lelaki kacak dibelakangnya tadi. Mata mereka berpandangan. Secara tidak langsung lelaki tersebut terus berjalan kearahnya. Seperti wanita melayu terakhir haruslah membuat biasa walau dalam hati bergendang irama rock. Lelaki kacak itu dengan slumber macho melalui laluan yang sempit sedangkan masih banyak kerusi meja di sekeliling mereka. Pelik tapi itu kenyataan yang patut dihadapi. Berseorangan sahaja menjamah KFC sedangkan amira dan aliya sembang tak ingat. Curi-curi pandang antara amira dan lelaki itu. Sedang khayal melihat sunglasses lelaki itu (tenung bagai nak pecah) lelaki itu mengambil dan memasukkan kedalam pokek kemaja yang kemas digosok dengan kanji (sebab kemas semacam saja). Lelaki itu mengangkat dulang yang dimakannya dan meletak di tempat kotor. Amira dan aliya terus pelik. Bercerita mengenai kejadian di kaunter.
Enak sangat bercerita lelaki itu kembali ke tempatnya. Melepak disitu seperti menantikan sesuatu. Memang hensem. Kulit mulus dan agak memerah akibat malu mungkin. Serius mata yang galak hidung yang mancung dan bibir yang merah. Itu adalah penilaian amirah. Beberapa minit selepas itu lelaki tersebut bangun dan beredar dari situ. Tetapi masih menjadi keraguan mengapa beliau bertindak begitu. Tempat lain adalah abang. Kalau nak berkenalan be gentleman. Kami bukan hulu banat sehinggakan tidak menerima salam perkenalan. Hati amirah agak kecewa kerana sedari tadi lelaki itu bermain mata dengannya. Kenangan di sini...
Tidak lama selepas itu lelaki itu kembali lagi. Tetapi tidak di meja yang tadi tetapi di tempat lain. Amirah dan aliya masing-masing kehairanan. Sah ada something wrong. Takkan lelaki kacak itu memandang amirah yang begitu jauh bezanya. Amirah adalah gadis biasa yang berasal dari kampung. Bagai bumi dan langit. Takut terjadi apa-apa lalu mereka membiarkan lelaki itu bergerak dulu. Alhamdullillah mungkin rasa boring lelaki itu bergerak keluar.
Amirah dan aliya menuju ke tempat menunggu. Automatik mata amirah dan lelaki itu bertentangan sedangkan lelaki itu membuat panggilan telefon. Gugup kerana mungkin petunjuk dariNya. Amirah pergi menemui seorang kakak menanyakan mengenai tiketnya. Apabila kembali kepada aliya secara tidak langsung matanya terpandang lelaki itu (nampak amirah sangat nakal memandang anak teruna orang) dan lelaki itu tidak mengunakan telefon sebaliknya terus memandang amirah. Amirah dapat mengawal perasaan tidak memandang lelaki itu sedangkan dalam hati hanya Allah saja yang tahu. Pramugari menjalankan tugas. "Hot sit only". Amirah dan aliya masih duduk di kerusi kerana mereka hanyalah sit yang biasa. Lelaki itu berjalan hampir dengan aliya dan melintas dihadapan mereka. Okey encik tampan ini pandai memotong barisan. Amirah tidak memandang terus kehadapan. Adatlah control cun. Selang beberapa minit amirah memandang ke hadapan dan sangat terkejut apabila mendapati lelaki tersebut duduk di kerusi dihadapannya. Apabila semua orang tiada barulah beliau bangun dan terus beredar. Aliya terkejut dan amirah terkedu.
Amirah dan aliya masih berbual mengenai lelaki tersebut. Masuk saja pesawat pandangan pertama yang amirah lihat lelaki tadi. Duduk beliau tegak. Tangan kiri kanan berada di hand rest. Tegak dan tegap. Bila mata bertentangan dari duduk tegak terus beliau gelisah, duduk tidak betul dan seakan mengawal perasaan nan satu. Amirah dan aliyah beratur dan berjalan. Seakan kebetulan tiba-tiba berhenti disisi lelaki itu. Merah padam muka lelaki itu sedangkan amirah biasa-biasa saja. Taktik terakhir lelaki itu menarik perhatian amirah apabila secara kebetulan dehaman "ehem ehem" begitu kuat seakan menarik perhatian. Tetapi amirah lampi dan tidak pasti benarkah lelaki itu ingin menghulur salam perkenalan. Itulah salam perkenalan yang tidak kesampaian....