Showing posts with label pelbagai. Show all posts
Showing posts with label pelbagai. Show all posts

pandang rendah

Blackberry saya sudah dua tahun berkhidmat dengan cemerlang. Memang dalam perkiraan menukar yang baru tetapi masih mengekalkan blackbery. "Since u got black, u never turn back". Tetapi apabila battery sudah bermasalah terus saya pergi jelajah Masalam untuk membeli yang biasa jer. Model yang saya mahu sudah takde dalam pasaran. Jadi terpaksa membeli yang 2ndhand. Tanya-tanya harga memang boleh terima dek akal tetapi memandangkan charger dia bagi yang biasa terus saya letak dan tak berminat. Alasan nak beli yang biasa saja sebab tahun depan nak beli iphone5. Uncle tu cakap "u mampu ker nak beli iphone5 yang harga 3k lebih" Sentap dengan uncle nih. Selama nih kawan-kawan saya dan abglong saya semua saya promote kedai dia. Memang tak berminat nak pergi kedai uncle nih lagi. Kecik hati.
Balik rumah tak puas hati. Terus BBM kawan yang peminat tegar Apple. Tanya harga iphone5. Dia cakap tak masuk malaysia lagi. Tapi harga tak lari jauh dengan iphone4s. Dalam 2.2k saja. Bila beritahu pasal hal uncle tadi terus dia cakap takut kene tipu dengan cina. Jadi make sure beli dekat kedai yang memang sah jual barang apple. Kawan rumah saya memang menanti detik bergelar pemegang iphone5. hehehehe.... Saya insyaallah tahun hadapan. Sooonnn tak lama lagi...

Nysa+HHJ

Nysa big day dan saya salah seorang dayangnya. Takut dan teruja. Takut sebab gementar tengok ramai orang. Maklumlah saya yang iringi pengantin dan kene duduk tepi-tepi stage. Teruja sebab tak sabar tengok nysa dah jadi isteri kepada HHJ. Dua minggu lepas kitaorg meeting. Dan saya dapat 2 pasang baju free. Omaigod. Baju ukuran tahun lepas dan semestinya ketat amat. So masa terdekat memang nak kene kurus. Kuruskan sikit apa yang boleh. :) Baju saya dah siapkan manik. Simple je sebab saya pun takdelah pandai sangat menjahit nih. Bolehlah kalau sikit-sikit. Dayang-dayang semuanya kawan nysa. Dari sekolah menengah, teknik dan kawan shah alam.
Dalam pada belek-belek kad kawen nysa yang glam itu, saya dapat satu note. Bila baca terus air mata menitik. Sob sob sob....


Apa yang saya lakukan pada masa itu, hanyalah bantuan sebagai sahabat yang sepatutnya.

Saya selalu mengharapkan yang baik-baik untuk kawan-kawan sekeliling saya. Sakit terasa apabila kawan kita menghadapi dugaan dalam hidup. Saya sayangkan kawan-kawan saya...

Insyaallah saya akan update entry berkenaan nikah+resepsi beliau. :)

Masa hadapan.

Tiba-tiba dapat panggilan telefon daripada kawan yang sudah lama tenggelam. Hampir 5 tahun. Memang seronok berbual dengannya. Beliau seorang yang pemalu pada mulanya (walaupun dia lelaki dan saya perempuan). Borak-borak pasal kehidupan masing-masing. Beliau masih tidak percaya saya belum mendirikan rumah tangga kerana kebanyakkan kawan saya sudah menambah bilangan umat nabi Muhammad S.A.W. Bila beliau korek hal peribadi saya, mestilah saya pandai korek hal peribadi dia juga. Kalau tidak mana adil. Kan?.. hehehe....
Daripada nada yang gembira tetiba lain pula suara dia. Adakah saya tersalah cakap. Rupanya dia dipaksa menerima pilihan kedua orang tuanya. Sedangkan beliau sudah ada pilihan sendiri. Pilihan hati dimana beliau dan gadis tersebut berkawan baik. Serba-serbi hal gadis berkenaan beliau selesa. Walaupun gadis tersebut tidaklah sebaik tunangnya kini. Tunangnya memang boleh diketogeri sebagai wanita pilihan emak-emak. Tetapi segala benda yang terjadi / lalui beliau kongsi dengan kawan baiknya. Lagi sebulan beliau ingin menjadi suami orang. Dan sekarang dia tidak dapat cerna baik-baik segala keputusan yang bakal dibuat.
Sebagai perempuan beliau menanyakan nasihat saya. (Maklumlah dulu-dulu muka nih juga dia hadap untuk kongsi masalah. Dan saya jugak selalu juga borak-borak pasal kehidupan sekeliling).
'Kahwin sekali untuk seumur hidup. Bukan boleh tukar-tukar macam baju. Perempuan ada hati dan perasaan. Kalau tidak boleh move on dengan tunang hentikan sebelum nikah. Fikir baik-baik demi masa depan. Nanti hari-hari ngadap muka isteri. Tapi sebelum buat keputusan nak putus pastikan bff tersayang kau tu single and available. Kadang-kadang perempuan nih suka berahsia hal peribadinya. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.' Nasihat saya ringkas dan padat.
Sekarang tiba-tiba terfikir, sudah lama tak jumpa dan mula berhubung kembali macam-macam yang dihadapi kawan saya nih. Itulah dinamakan dugaan hidup. Saya pun tidak terkecuali.
Alhamdullillah disebabkan teknologi canggih terlalu sangat bermuka buku saya temui kawan-kawan lama yang setelah lama senyap tanpa khabar.

Positif

Nak puaskan hati orang memang susah. Ada saja cacat cela dimata orang. Kita bukan Nabi yang sudah dilahirkan sempurna. Tapi, setiap apa yang kita lakukan hendaklah berfikir dulu dengan matang. Jangan umur dah berganjak tetapi perangai macam baru belajar ABC.
Geram apabila kita lakukan sesuatu dengan niat menolong kawan dalam kesempitan tetapi diperli baik dengan orang lain. Diam, kaget. Tetapi itulah dinamakan manusia.
Berkawan memang seronok. Setiap apa yang dilakukan bersama. Tetapi apabila terdapat setitik nila memang akan fikir dalam-dalam setiap tingkah bersamanya. Sebab dihadapan amatlah manis berkata-kata. Senyum itu boleh bertukar jadi gula tetapi bila dibelakang kita mulut kalah mak jemah mengumpat. Sakit memang sakit tapi kene kuatkan sabar. Sabar itu indah.

Kenangan

teringat sewaktu sekolah.
semua itu terjadi di alam persekolahan.

usah mencari terlalu sempurna

Jika kamu memancing ikan...... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!