Shaklee ESP+Omega+Herbalax

Semua kawan-kawan aku sedia maklum aku nak kurus. Tapi badan makin naik. Tak pernah timbang berat badan turun. Berat makin naik bila timbang. Aku banyak minum mineral, bersenam dan aku pernah sekat makan. Aku makan sekali sehari. Tapi bila result tak cemerlang aku kembali makan seperti sediakala. Aku sapu krim panas. Perut dan paha tetap sama tapi tangan aku yang merah akibat panas. Tetap berat tak pernah turun. Memang tak membantu. Malah nafsu makan aku kalah orang tak makan sebulan.
Aku fed-up. Lantaklah aku besar macam mana. Itu badan aku. Satu hari dak kelas aku capture picture masa aku tengah berdiri. Bila tengok picture tu aku sedih. Perut buncit. Kawan aku cakap aku mengandung 4 bulan. Aku anak dara tak kawen celah mana nak mengandung? Kak ipar aku memang jual shaklee. Dia dah ada pangkat pun dalam shaklee tu. Dia dah ada anak-anak didik pun sekarang. Dia tak pernah promote kat aku direct tapi die promote kat aku indirect. Yelah mungkin die nak jaga hati aku. Aku paham. Tapi aku tetap tak percaya produk makan slimming ni. Sebab dulu aku makan jamu tetap sama jer. Seksa lagi adalah. Sebab jamu tak sedap. Tapi persepsi aku berubah bila aku tengok sendiri perubahan kakak aku. Dia dah kurus dan kulit dia semakin gebu. Cantik sangat. Dah tak ada kesan rekahan. Kesan parut akibat eczima pun dah tak nampak.
Aku amik keputusan aku nak cuba. Dan harini hari pertama aku. Pagi-pagi lagi dah minum esp dan makan omega guard. Sampai je ofis terus amik herbalax. Dan perut lansung tade nafsu nak makan. Kawan ofis ada ajak makan ayam penyet peberet aku tu. Tapi aku cakap tak lapar. Tengah hari aku amik juga set shaklee tu. Aku kerap ke toilet sebab buang air. Dan aku cepat dahaga. Sehingga sekarang aku tak sentuh lagi nasi. Kawan aku yang makan ayam penyet tu sekarang lapar balik. Tapi aku rileks je perut tak lapar. Aku akan bagi result selepas tiga hari aku amik produk ni. Kak ipar aku nak tahu berat aku berapa selepas tiga hari. 

Sebab apa aku amik ESP + Omega + Herbalax :
ESP fungsi untuk kenyang kan perut. Dalam masa yang sama ESP boleh menghilangkan kesan parut dan rekahan. Lama-lama kita amalkan kulit kita akan bertukar menjadi putih.
Omega fungsi memecahkan lemak-lemak tepu. Omega juga baik untuk para pelajar sebab dia menguatkan daya ingatan kita. Aku kan pelajar tua. Bila bab menghafal memang menjadi masalah buat aku. Jadi aku memang suka dengan omega ni. Anak buah aku panggil ubat pandai.
Herbalax berfungsi sebagai detox. Disebabkan ni  setiap lima belas minit aku ke toilet buang air kecil. Ia mencuci usus kita. 

Dan aku harap dengan usaha aku kali ini berhasil. Aku nak berat aku masa belajar di poli.
Insyaallah

No comments:

Post a Comment