antara mak, kerja dan belajar.

Aku cuba jadi terbaik disebabkan sebelum ini aku tak pernah jadi yang terbaik. Tak pernah. Jadi aku berusaha. Aku pisahkan dunia sosial aku dengan hanya menatap buku. Buku sekolah. Aku cuba jadi pelajar yang bersusah payah bersengkang mata.  Menghafal hingga ke larut malam. Membuat latihan apabila otak tak boleh terima untuk hafalan aku. Memang susah. Memang payah. Bila bergelar pelajar E-PJJ.  Aku cabar diri aku. Aku mahukan keputusan yang terbaik untuk kali ini.  Persediaan untuk ujian pertama aku memang mulakan awal. Sehari selepas pensyarah beritahu tarikh ujian. Pulang dari kerja aku tidak berlengah seperti dahulu. Semua benda aku siapkan dengan kadar segera. Tanggungjawab terhadap Allah, keperluan perut aku dan kekemasan bilik. Selepas segala siap, terus aku hadap buku. Hafal dan terus menghafal. Membuat nota ringkas supaya senang menghafal di mana saja. Bukan toyol yang aku perlukan untuk ujian kali ini.

Pada hujung minggu waktu cuti aku tidak bermakna lagi. Ada saja kawan-kawan belajar aku ajak berbincang. Mereka semua adik-adik aku. Tapi aku hormat mereka kerana mereka lagi banyak ilmu dari aku. Mereka masing-masing boleh bahagikan masa mereka. Antara kerja + belajar + bercinta. Tapi aku pegun bila aku jadi pelajar. Aku selalu tensi bila aku tak dapat nak menerima apa yang aku belajar. Aku strugle. Sampaikan aktiviti lama aku lupuskan. Segala rancangan televisyen, movie di panggung, melepak mamak tengok bola dan jalan jalan cuba makan tak ada lagi untuk aku. Memang aku ketinggalan. Makan pun nasi bungkus. Kalau rasa otak tak dapat terima barulah makan dikedai.Tu pun sebab nak beri ruang otak berehat. Aku cuba menghargai walau seminit masa berjalan. Kawan serumah aku terus mahu menyambung pengajian disebabkan aku.

Selesai ujian pertama aku kecewa. Aku lebih memberi ruang terhadap hafalan aku sehingga aku lupa tentang ujian penggiraan.  Untuk kesemua ujian pertama aku rasa aku gagal buat yang terbaik. Benar-benar kecewa.  Aku mengadu dengan mak aku. Terus aku rasa nak balik kampung sekarang juga Aku dah lama tak ziarah kubur arwah bapak aku. Aku dah lama tak jenguk rumah dikampung Mak aku yang selalu datang sini jenguk anak-anak. Tapi mak aku selalu berlapik cakap. "Mak datang sini sebab ada family gathering". Tapi aku tau mak aku rindukan anak-anak berkumpul di rumahnya. Dulu setiap hari aku telefon mak. Sekarang dua tiga hari aku baru telefon mak. Kadang-kadang mak call aku tanya aku ada call dia ke tak. Sebab ada miscall. Bila aku jawab tak mak terus cakap nama orang lain. Selepas tu, aku berborak dengan mak. Mak banyak bercerita. Ceritakan segala hal. Lebih sejam bercerita.  Bila aku borak dengan akak dan adik aku. Mereka pun katakan perkara yang sama. Sekarang bila aku fikir-fikirkan balik sebenarnya mak aku perlukan kami semua. Tapi kami semua terlalu sibuk dengan pelbagai hal. Sampai abaikan mak.

Harini, bila aku beritahu aku nak balik kampung hujung minggu mak aku jelas gembira disebabkan perubahan pada nada suaranya. Aku perlu balik untuk gembirakannya. Mungkin ini hikmah bila aku kecewa terhadap ujian pertama, aku baru teringat hal yang selama ini aku lupa buat. Aku perlu hiburkan mak aku. Sebab mak aku perlukan anak-anaknya. Aku sayang mak aku. Mak aku hanya seorang.
Puan Normadiah.

limameiduaributigabelas

Hujan datang lagi. Datang untuk menyuburkan tanah. 
Pilihanraya datang selepas lima tahun menyepi.
Tapi kali ini, aku tidak dapat menunaikam tanggunghawab sebagai rakyat Malaysia.
Kenapa lah 5hb dipilih.
Aku tak dapat balik kampung lah macam ni. 
Nak mengundi nak rasa rakyat malaysia yang prihatin terhadap masa depan negara.
sob sob sob

Kuatkan semangat

Benda yang tak boleh elak kita kene tempuh. Tempuh dengan pelbagai senjata. Seperti mana G I Joe punya misi. Berusaha kumpul orang untuk menentang musuh negara. Aku sendiri benda yang memang nak elak sangat dalam diri aku tapi aku kene hadap. Hadap sebab memang tak boleh lari dah. Segala alasan tidak akan diterima. Aku harap aku berjaya tempuh juga benda tu dalam masa terdekat ini. Doakan aku. Insyaallah.
Dan semestinya benda kedua aku kene tempuh adalah pelajaran aku. Aku ingat takkan ada stress yang kuat dalam hidup aku tapi aku silap. Memang banyak aku perlu korbankan. Terkini aku sudah tidak boleh balik kampung sesuka hati. Mesti kene tengok schedule aku dulu. Kalau bukan kelas aku ada discussion dengan kawan-kawan. Dorang tu semua adik-adik aku. Muda sangat. Ada pulak yang lagi muda pada adik aku sendiri. Ya ini langkah lecturer nak memamtapkan ukhwah sesama kami mungkin. Kalau sehari aku tak sentuh bahan belajar aku akan rasa pelik. Beg merah yang besar tu aku akan isi dengan pelbagai bahan bacaan aku. Taknak hafal tengok langkah kira. 
Aku selesa dengan stress aku sekarang. Bila aku stress aku takkan fikir benda-benda bodoh yang selalu aku fikirkan dahulu. Ada saja masa terisi. Terkadang rasa cepat masa berlalu. Memang aku akui cepat sangat umur aku nak berubah. Haiiihhh....
Tapi aku tetap sama. Sama suka buat perangai yang orang jelek. Sampaikan sorang budak tu berhenti tengok tingkah aku. Bila aku perasan dia terus tanya sorang classmate kitaorang. Aku tak jawab tapi soal benda lain kat dia. Aku kena hati-hati lagi lepas nih. Kalau tak kantoi lah. Aku kan kakak kenalah tunjuk diri ni baik. Hahaha

perasaan lama terasa.

Semalam aku buat assignment. Banyak sangat assignment yang lecturer bagi melalui iclass. Kami wujudkan satu group whats app untuk update segala assignment. Nadd dia nasihatkan aku jangan runsing. Settlekan satu-satu. Aku kelam. Tetiba dapat texted dari dia. Dia orang yang selalu aku rindu untuk borak bila aku kalot+kelam. Aku mengadu padanya. Dia cuba cool kan aku dan bawa mood aku kembali gembira. Aku dengan muka tak tau malu minta dia tolong aku siapkan assignment aku. Aku tanya soalan subject lain dan minta dia selesaikan dan aku buat another subject. :) Dah tentulah bab mengira aku yang selesaikan dan bab memerlukan otak aku tolak sepenuhnya dekat dia. Tapi masih cool dan jawapan dia so impressive. Aku kagum.. Ni aku lebih sayang dia. 
Dia seorang yang sangat tenang.
Dia seorang yang sangat pemalu.
Dia seorang yang rendah diri.
Bila aku dengan dia, aku boleh lupa sifat sebenar aku yang kalot.
Bila aku dengan dia, aku jadi seorang gadis melayu.
Bila aku dengan dia, aku suka pandang muka dia. Dan tentu dia akan tunduk tanda malu. 
Bila aku dengan dia, tak pernah dia story hebat-hebat. 
Bila aku dengan dia aku tak bosan.
Bila aku dengan dia aku selalu jadi juri tentang diri dia. 
Aku dengan dia baru berapa kali saja jumpa. Pernah jumpa berteman dan ada berdua. Bila aku dengan dia serius aku tak tipu aku rasa aku bukan Noorul huda tetapi aku orang lain. Mungkin terjangkit peragai dia yang tenang itu. Dia pernah borakkan dengan aku tentang kisah silam dia. Dan aku tak pernah nak buka kisah silam aku sebab aku rasa tidak layak untuk diingati. Bukan bagus sangat sejarah aku dulu kala. 
Dia bukan sapa-sapa dengan aku. Hanya kawan dalam list friend handphone. Kalau phone dia hilang dia tak tahu nak cari aku dekat mana balik. Sebab aku tak pernah beritahu dimana aku tinggal. Aku ambil langkah berjaga-jaga. Dan dia juga sama. Tak pernah aku ambil tahu dia tinggal dimana. Ada aku peduli?
Tapi sepanjang minggu lepas dia senyap tanpa khabar berita. Aku pelik. Tiba-tiba aku jadi rindu nak borak dengan dia. Borakkan hal semasa. Mana dia menghilang. Aku serius rindu. Pernah aku mengadu perasaan aku ini dekat kawan serumah. Dorang nasihatkan jangan fikir negatif. Sebab sebelum dia senyap sunyi aku ada marah dia dan perlekeh dia tanpa sedar. Sifat jahat ini memang susah nak buang. Pening.
Bila dapat texted dari dia baru-baru ini akulah insan paling happy di rumah. Senyum tak lekang. Borak punya borak dia tanya aku buat apa. Aku jawab jujur tengah buat assignment. Dia cakap tanak ganggu aku sebab takut aku rasa rimas. Aku jadi sedih. Terus aku reply cakap dia memang suka buat aku macam nih. suka buat aku rindu dia. Lepas aku sent text tu baru perasan yang aku ter-emo suka dia. Senyap tak ada respon. Terus aku cuci muka masuk tidur. Sentap sebab tak ada reply dari dia. Mana tahu sejam lepas tu dia msg  tanya tentang assignment. Malangnya aku dah selamat tidur dengan lena.
Dan semalam pertolongan dia memang aku hargai. Terima kasih kamu....
Dia lah orang yang boleh aku rasa balik perasaan lama aku yang sudah lama hilang :)

kelas pertama

Kelas pertama setelah bertahun tinggalkan dunia belajar. Mengantuk+bosan+lapar. 
Masuk saja kelas si lecturer terus mengajar. Mukadimah sikit-sikit saja. Dengar orang cakap bila 1st class tak ada lansung belajar. Mujur notes yang print aku bawa sekali. Kalau tidak aku nganga dalam kelas. Notes depan mata pun aku tak faham lagi. Kalau aku tak bawa notes ke kelas tadi confirm aku weng. Mungkin aku belum ready sepenuhnya. Pastu kena cari group members. Alamak manalah nak kenal orang melainkan nadhirah kawan serumah aku. Terus aku ajak budak sebelah aku yang macam adik-adik nih. Alhamdullillah mereka setuju. Group lain ikut sesama jantina. Tapi aku peduli apa. Janji aku harap group aku nanti semua bertanggungjawab. Senang pilih dorang semua nih sebab utama mereka semua rumah dekat dengan aku dan sebab kedua dorang ni kan adik-adik aku. Bley beri arahan. Dan sekarang untuk minggu nih aku ada 4 assignment untuk 4 subject yang aku amik untuk semester ini...
Penat....

Tentang aku

Serba sedikit mengenai aku

buat kawan aku

Aku harap apa yang kau sampaikan dekat aku kau tak buat
Jangan jadi bodoh nak larikan diri daripada masalah.
Masalah takkan selesai kalau kita tak tanganinya (:

Hidup aman jiwa tenang