permata hati

Adakah kisah saya seperti cerita novel yang dulunya menjadi kesukaan saya? Tiba-tiba teringat kisahnya pada awal penceritaan seperti yang saya alaminya kini :( Tapi saya bukan Ariana yang cantik menawan dan kurus serta tinggi.
Bila membaca sebuah novel saya akan cuba bayangkan untuk menjadi heroinnya dan mendambakan hero seperti novel tersebut. Betapa sukar kehidupan untuk dilalui dan betapa gembira meniti saat-saat bahagia bersama sang kekasih.

Penuaan

Sejak mencapai usia 27 tahun saya mulai risau dengan keadaan kulit muka saya. Dahulu saya tidak pernah ambil peduli dengan keadaan muka sehinggalah kak zakiah (ex roomate) menasihati saya tentang penjagaan wajah. Saya balik dari berpelesiaran melepak memang tidak mencuci muka dan selepas ditegur oleh kak zakiah memang saya mulai berubah. Macam mana mengantuknya saya balik dari berjalan mesti saya mencuci muka dahulu. Hilangkan segala make- up yang tinggal dimuka. Selalunya yang tinggal hanyalah eye liner saja. Makin lama saya sedar makin kusam kulit muka saya. Adakah ini merupakan tanda-tanda penuaan. Saya risau dan mulai servay produk lain untuk ditukar. Mencegah sebelum terlambat. Insyaallah.

Saya banyak bertanyakan produk yang bagus mengikut bajet saya. Mula-mula saya macam berkenankan Mary kay tetapi sangat susah untuk bertemu dengan wakil penjual. Kemudian saya bertanyakan kawan saya Elly Haryany dan beliau mengesyorkan Clinique. Dulu dia pernah pakai SKII dan juga Mary Kay. Saya cuma mahukan hilang wringkle di bawah kelopak mata ini. Dah kedut kalau diperhati dengan teliti.
Saya gunakan CLINIQUE REPAIRWEAR CONTOUR.
(bukanlah seperti dalam gambar)
Menurut kawan saya gunakan disekitar wringkle dan lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Dan keesokkan kita boleh merasakan bahagian tersebut tegang berbanding hari sebelumnya. Saya baru sekali mencuba insyaallah saya akan rajin melakukannya untuk melihat hasil yang berkesan.  :) Gunakan hanya sedikit tidaklah seperti menempek foundation dimuka.

Untuk pencuci muka pula saya memang berura-ura mahu bertukar produk. Saya mahu kelainan setelah hampir empat tahun saya bagaikan kipas susah mati Garnier. Ada beberapa produk yang saya ambil kira dan tentulah clinique salah satu dalam senarainya. Antaranya ialah Lancome, Mary Kay, Clinique, Loreal, Nutox dan juga Bio-Essence. Semalam bila sama-sama menonton tv dan tiba-tiba keluar iklan Bio-Essence (ATP). Dan saya mulai tertarik. Bila disogok tentang kebaikkan produk ini oleh kawan serumah terus bersiap untuk ke guardian membelinya. Bertuah sebab sekarang guardian tengah hebat mengadakan jualan murah untuk Bio-Essence. Jadi saya membeli Silky Foaming Cleanser with ATP dan Deep Exfoliating Gel with ATP.

Gentle Rich Foam for Effective Cleansing
Benefits:
• Gentle rich foam to draw out impurities in pores and cleanses skin thoroughly from within
• Nourishes and smoothens skin with ATP, minerals and herbal nutrients while cleansing
• Rich lasting fine foam during wash
• No tight feeling after wash. Skin becomes finer and smoother

Directions:
Squeeze a small amount of the cleanser onto palm, lather with water and massage gently on face. Rinse off with water.

Benefits:
• Thoroughly and effectively removes dead skin cells and refines pores
• A gentler and more effective alternative to squeezing or using pore stripes for removal of blackheads
• Regulates and balances sebum secretion to help control shine,
• Removes the dead skin barrier for better absorption of skin care products applied subsequently
• Brighten skin tone
• Gentle and safe for everyday use
• ATP provides a source of energy to skin cells reduce the signs of aging

Important Beauty Discovery
Important Beauty Theory

It really works.

Directions:
Ensure face and hands are dry. Apply an adequate amount on face and neck and massage in circular motions until small flakes of dead skin and dirt appear. Rinse off with water and follow up with a cleanser.

Important Beauty Discovery
Dead skin is the main culprit of all skin problems
Removing dead skin cells everyday is the 1st step towards beauty.

Important Beauty Theory
• Dead skin forms a blocking layer
• Do not use skincare products on dead skin as they cannot be absorbed and will be wasted.
• Do not apply makeup on dead skin layer as it is not easy and would not be lasting nor natural.


Dan mulai sekarang saya akan tekun mengunakannya...

untuk dia

Lagu kegemaran anak buah saya. Pantang melihat iphone ayahnya tidak digunakan terus beliau mencari lagu ini.... Kecik-kecik dah tahu lagu cinta.

Gadget

Semakin hari semakin banyak benda baru. Saya tidak mampu meng-update diri ini. Anak buah saya berusia tiga tahun lagi handal daripada saya dari segi tabby dan iphone ayahnya...
Dua minggu lepas boss saya bawa ipad dia. Dan dengan bangganya saya telah membuatkan ipad dia hang. Masa tu semua no kawan-kawan yang mengunakan ipad saya call. Tanya langkah-langkah atasinya. Takut betul kalau rosak ditangan saya. Alhamdullillah selamat juga safarinya itu. :)
Hari ini, sekali lagi boss saya memberitahu kelebihan ipad itu. Dia mempromote kepada saya. :(
Tahun ini misi saya hendak beli tabby. Insyaallah jika kelapangan saya akan membelinya.
BKRM sila buat promotion yang lumayan sikit untuk pemegang kad hutang.

berat

Adakah bila usia meningkat kadar pembakaran lemak menurun?
Tahun lepas dan sebelum itu sewaktu saya puasa sudah nampak perubahan fizikal. Tapi berlainan pada tahun ini. Sudah tidak nampak kadar penurunan yang drastik. Tetapi emak dan kakak menyatakan saya kurang berisi. Tetapi serius sehingga kini saya takut untuk timbang. Takut dengan keputusan yang mengecewakan. Tetapi saya akur mungkin zaman kurus saya tidak ada lagi. Mungkin berat 40++ sudah tidak ada dalam kamus hidup saya :( Saya kena kuat sebab bukan tidak berusaha kearah kurus tetapi takdir tidak menyebelahi boleh pulak buat ayat pasrah Jiwa kena kental dan harus pilih baju size M (paling kecil) dan seeloknya size L....Sedar, sedar, sedar Huda.
Hari ini genap anak bujang abanglong saya berusia DUA TAHUN. Happy 2nd years old Aqeef Amsyar. Achik nurul love u...

happy birthday NOORUL HUDA

Alhamdullillah saya masih bernyawa lagi untuk hari ini. Hari dimana kelahiran saya dibumi Allah. Syukur :)
23/05/1985 (bulan ramadhan) , 12:05 pagi lahirlah seorang bayi perempuan di Hospital Besar Taiping. Bayi seberat 2.45kg sahaja. Kelahiran memakan masa hampir satu hari kerana ibu bayi perempuan itu sudah menanggung sakit pada 22/05/1985 jam 8:00 pagi (sudah berada di labour room). Ibunya mahu memberi nama Nur Ellyana Izzati manakala ayahnya mahu menamakan Noorul Huda. Setelah ditimbal balik anak pertama dan kedua sepenuhnya diberi kebebasan untuk ibu menamakan nama anak jadi untuk bayi kecil ini diberi peluang untuk ayah menamakannya pula.
Itulah sedikit sebanyak kisah lampau yang diceritakan balik oleh orang tua saya. Cerita bagaimana kecilnya saya sewaktu baby. Bagaimana berhati-hatinya emak untuk memandikan saya. Cerewetnya saya ketika kecil sehingga doktor mengesyorkan untuk saya minum susu S26 (antara susu yang mahal). Hobi saya sewaktu kecil adalah menangis. Silap sikit mulalah melalak. Sampai arwah paklong panggil saya pengapit buruk. Asyik berkepit dan melalak.
Sekarang saya sudah besar, sudah berumur 27 tahun. Sudah kenal mana yang elok dan mana yang tidak elok. Pendek kata boleh berfikir dahulu sebelum bertindak. Tapi masih memerlukan nasihat orang sekeliling terutama emak tercinta saya.
Terima kasih kepada semua yang mengingati hari kelahiran saya di bumi Allah terutama kepada emak saya. Pagi-pagi lagi sudah menelefon  sewaktu saya menuju ke tempat kerja. I love u mum. Juga kepada kawan-kawan yang tidak henti-henti memberi ucapan di medium kecanggihan teknologi :- whats app, BBM, Text, Call dan di Facebook (twitter saya tidak aktif).
Ada kawan yang teradvance memberi ucapan. Bila beritahu esok cover line nak jadi orang pertama. Heehehee macam-macam ragam. Ada yang wish sampai berkali-kali. Amat terharu. Terima kasih semua :)

Detik

Alhamdullillah sempurna sudah kenduri aqiqah NUR AZZALEA DELISHA dan hari lahir MUHAMMAD AQEEF AMSYAR. Sudah lama kami tidak mengadakan kenduri dirumah. Lega... Satu perasaan yang yang selama ini gelisah sudah dilepaskan.
Sekarang menanti detik untuk saya bertukar umur. Umur yang makin meningkat.
Makin banyak komitmen.
Makin banyak benda remeh dilupakan.
Makin mahu privasi.
Makin mahu masa depan yang bahagia.
Adakah tertunai segala impian yang dibina setahun yang lalu?
Buat masa sekarang memang tidak nampak cahaya untuk impian itu.
Masih kabur. Mungkin tidak pernah berusaha kearah itu kerana takut tewas sebelum ke tempat penamatnya.