Kamu tetap seperti dahulu....
Saya juga wanita biasa. Yang masih menggagumi kaum adam. Sewaktu dizaman persekolahan saya banyak minat abang-abang yang muka macam cina pendek kata Jambu Air lah. Tertarik oiii kalau abang yang saya minat itu lalu automatik mata nih akan memandang. Lepas memandang akan tersenyum sumbing sorang-sorang. Gedik!!!
Tapi keadaan berubah. Sewaktu pendaftaran di Politeknik saya terpandangkan seorang. MANIS!!! Tetapi jauh dengan apa yang saya minat. Kulitnya hitam manis+tinggi+kurus+terlalu pendiam+pemalu. Setiap hari sewaktu di kamsis saya akan mencari beliau. Dapat tengok dari jauh jadilah. Dialah pembakar semangat saya. SERIUS tak tipu. Tetapi selaku exco kamsis dan saya hanyalah penduduk kamsis yang tak bertauliah saya rasakan saya hanya pipit dengan enggang. Beliau penuh ilmu agama didada dan saya sebaliknya. Setiap pagi saya akan ternanti-nanti bacaan Al-Mathurat oleh beliau. Sungguh beralun. Terbuai-buai saya.
Dan BF pertama dalam hidup saya ciri-ciri fizikalnya bersamaan dengan exco ini. Serius dan x-BF saya itu juga adalah junior beliau dalam kursus yang sama. Tapi saya rahsiakan daripada x-BF saya ini perkara sebenarnya. Saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk cuba menjalinkan persahabatan dengan Exco ini. Dan Alhamdullillah saya berkawan dengan beliau melalui telefon. Saya tidak tahu beliau mengenali saya ataupun tidak. Tetapi yang nyata saya happy gila apabila dia membalas setiap msg saya terhadap beliau. Ada satu hari beliau menegur saya masa saya bersama-sama kawan berjalan pulang dari kolej ke rumah. Dari keadaan letih dan tak larat dengan kepanasan terus saya sejuk dan berbunga-bunga senyum saya. Saya rasakan itulah kali terakhir beliau bercakap dengan saya. Mybe :(
Kini, saya ada add beliau di FB. Saya rasakan beliau approve saya mungkin disebakan saya sekolej dengan beliau. Tapi saya takut mahu memberi comment atau PM untuk beliau. Saya hanya menjadi pemerhati terhadap profile beliau. Tapi, hari ini saya dapat PM dari beliau. Wahhhh sungguh terkejut saya. Walau msg itu hanya biasa saja tetapi saya sungguh terkejut kerana beliau masih mengingati saya lagi. Happy happy.. Walllaahhhh...
I love u lah :)
Ok GEDIK!!!!!
rambut baru...
Tarikh : 04/03/2011
Tempat : Andalas, Klang.
Sejak 4 march aku telah potong rambut. Sudah tidak tahan dengan keguguran yang terlalu melampau ditambah pula dengan buah-buah yang tumbuh tanpa dijemput dan juga bercabang-cabang susur galur rambut aku. Pening memikirkannya dan langkah terbaik memotong pendek. Seingat aku tidak pernah rambut aku sependek ini. Banyak tidak percaya bahawa itu adalah aku kerana berlain benar muka aku. Memang betul semua tangkapan mereka disebabkan rambut begini lagilah menampakkan aku muka berisi dengan jayanya. :)
Dari sisi tepi...
Nampak tak boolat?
Tq kepada Cindy kerana memotong dengan bersungguh-sungguh :)
Hati merancau. SAKIT!!!!
Biar betik, sudah lama sangat aku tidak meng-update blog ini. Mungkin bila kita happy, sudah tidak ingat untuk meluahkan sebarang kata-kata dekat papan kekunci. Benar, dalam semenjak ini kehidupan aku sungguh terisi. Hangat dengan kasih-sayang, keprihatinan kawan-kawan dan juga aku boleh melupakan sepenuhnya orang yang tidak layak aku kenang.
Tapi, kenapa sekarang jiwa aku sungguh kacau. Kacau dengan dugaan menimpa. Kenapa bila aku kecapi bahagia ada sahaja biawak-biawak datang menganggu. Rimaslah.... Tolonglah pergi dari sini. Sekarang aku macam mahu menjerit sekuat hati tetapi apakan daya aku berada di ofis. Kalau ditanjung gila sudah aku menjerit sehabis suara.
Sekarang aku keliru kenapa setiap kali bahagia aku akan menghadapi masalah dan masalahnya adalah masalah yang sama.. Sebabkan aku degil dan tidak menghormati orang. Ya Allah bantulah hambamu ini mengubah sikap yang tidak disegani oleh orang keliling. Amin..
perubahan mendadak.
Tiba-tiba saya terfikir. Dahulu lain dan sekarang kehidupan saya lain. Yang baik berubah kepada buruk dan buruk berubah kearah kebaikan.
TEKNOLOGI
Dulu kalau saya mahu tahu perkembangan artis terpaksa membeli URTV, Hai, Mangga dan juga Pancaindera (MH). Sebab mahu tahu gosip terkini dan melihat perkembangan terbaru dunia artis. Tetapi kini, hanya add mereka di Twitter dan Like di Facebook sudah tahu perkembangan artis yang diminati. Dan juga membaca blog gosip artis. Blog yang saya selalu ikut ialah blog abang nara. Hebat, terkini ceritanya.
(ini salah satu contoh perubahan daripada buruk kepada baik sebab kita boley jimat duit dari membeli setiap bulan / minggu majalah)
PERGAULAN
Disebabkan salah faham cuma sedikit, habis madu manis yang ditaburkan musnah.(tidak bermaksud mengungkit). Tetapi saya tidak suka segala tindakan awak yang dikatakan betul TETAPI sebenarnya hampeh macam hampas kelapa yang tak diperlukan. Ok saya faham awak sudah berjaya kawan. Saya harus akui awak ada masa hadapan. Tetapi kami yang lain macam mana? Harus sentap dengan setiap tingkah laku awak? Jujur kami juga mempunyai impian tetapi sinarnya tidak nampak lagi seperti kamu sedang mengapai sinar.
(ini satu contoh yang terlalu berubah dari baik kepada buruk. BENCI)
December 2010
Sudah bersawang, habuk bersepah. Terlalu banyak aktiviti sehingga tidak satu pun tercarik dalam bulan disember ini.
Tragedi malang
Memang malang tidak berbau. Saya jatuh terduduk sebanyak DUA kali dalam bulan ini.
Tragedi PERTAMA : Masa pulang. Dari jauh saya nampak lampu train. Terus saya berlari langkah 1000 sehingga tidak mempedulikan mata yang memandang. Ya benar, saya tidak kisah disebabkan mereka pun kadang-kadang berlari anak mengejar train. Normal sangat normal bagi pengguna kenderaan awam. lari punya lari sehingga tidak perasan ada becak di hadapan kaunter. Saya terpijak, yaa terus jatuh terduduk. Amat memalukan sungguh. Di hadapan kaunter komuter, memang memalukan sudahlah abang kaunter itu saya kenal dan dia juga mengenali saya. Ada soalan yang tidak logik daripada kakak disitu. "Sakit tak adik?" Dalam hati perlu ker tanya soalan bodoh itu.... GERAM. (mestilah sakit. Bukan harus lagi) Lalu saya menjawab. "sakit kot?"
Tragedi KEDUA : Dihadapan Night Circle. Saya memang suka makan char keateaw disini. Memang sedap. Kali ini damia turut serta kerana saya dan kak dida kidnap dia dirumah kazen beliau. Keadaan hujan. Saya memang berhati-hati. Masa saya mahu turun tangga untuk pulang saya terjatuh. Kaki saya tidak dapat mendarat di anak tangga. Saya cuba mendapatkan meja disebelah supaya membantu daripada terjatuh tetapi lagi malang kerana meja itu terhimpap saya. Akibatnya saya mengalami lenguhan yang panjang.
Sudah dikenal pasti. Dua kejadian diatas disebabkan kasut yang sama saya pakai. Kasut yang memalukan.
Tragedi KETIGA : Takziah buat kak ina. Disebabkan tragedi buruk yang menimpa dirinya kami semua (gadix yakut) simpati terhadap dirinya. Kereta+handbeg+purse+camera+wang rm600.00 dikebas oleh penjenayah. Ekoran kejadian itu kami semua berhati-hati untuk keluar malam. Tiada lagi liburan sehingga lewat pagi.
Movie pada bulan ini yang hanya saya tengok ialah HANTU KAK LIMAH BALIK KAMPUNG. Amat kelakar sehingga tidak mengantuk walau sudah pukul 1:30pagi.
Sekarang saya amat mengemari cerita KOREAN. SECRET GARDEN. Memang owesome. Thankz kakak kerna mem-promote cerita ini.
[tahniah] mira dan aishah
Shah Alam-Klang-Bangi
5 december 2010 hari besar buat mira dan pasangan juga buat aishah dan juga pasangan. tahniah saya ucapkan. Kami sepakat pergi bersama-sama meraikan hari bersejarah buat mereka. Tahniah dari kami gadis yakut.
Majlis mira dan juga eddie (bekas gadis yakut)
Selepas posing memposing, cium-cium dan laga-laga pipi bagai terus meneruskan perjalanan ke Bangi. Kali ini ke kenduri Aishah (kawan cikgu niza). Sedikit posing kami semua..
Subscribe to:
Posts (Atom)













