ESOK 16/02/2013

Esok aku akan menjadi pelajar kembali. Aku akan mendaftarkan diri sebagai salah seorang pelajar di UiTM.  Risau sangat aku. Tadi aku jumpa boss aku. Minta sign untuk kebenaran majikan. Dia yang excited sebab aku mahu belajar. Dia siap suruh aku dapatkan modul untuk semester ini supaya dia boleh tolong aku memcapai pointer yang cemerlang. 
Emak aku dikampung menasihatkan aku supaya belajar rajin-rajin. Emak aku siap pohon maaf sebab tak dapat teman aku semasa hari pendaftaran. Kakak dan adik aku pun macam tu. Aku sebenarnya terkejut dengan pandangan positif orang sekeliling aku. Terharu aku. 
Esok aku akan kembali sibuk. Sudah tak ada hari senang lenang hujung minggu. Insya Allah mohon dipermudahkan segalanya. Selesai esok akan fikir masa untuk bulan May pulak. hehehe:)

tujuh belas tahun

Masa aku umur sebegini memang sedia maklum aku memang banyak mulut, kalot dan sombong dengan orang yang tidak kenal. hahaha... Kenangan itu aku kenang. Indah sekali. Zaman teknik dimana aku selalu ponteng kelas dan selalu pinjam buku lelaki kelas sebelah. Bila cikgu cakap di depan aku cakap di belakang. Partner dengar aku cakap segala bagai liza. Aku pernah kena tangkap masa meniru ujian ketiga (ujian tue proper gila kalah spm) aku pernah kena sebat tangan dengan cikgu aku dan aku pernah kene denda berdiri atas kerusi dan duduk di luar kelas. Pendek kata cikgu pun tak berapa suka dengan aku. Sebab, aku ni pemalas dan degil. Terukkan...
Aku pada umur tujuh belas tahun.

gambar

Sejak aku bertudung aku sudah jarang bergambar seorang diri. Aku jadi malu. Jadi tahun lepas hanya ada beberapa keping sahaja gambar aku. Tak pasti kenapa tapi memang kenyataan. Kalau tidak setiap minggu mesti ada jer gambar terbaru cari publisiti dekat mukabuku. Mungkin aku sudah bosan. Heheehee. Untuk tahun ini aku baru ada 3 keping gambar sendiri. Yang lain aku menempek saja takpun aku jadi jurufoto. Sebab apa aku bergambar. Sebab aku sudah ada instagram. Baru nak ada account orang lain dah bersepah kot weeeee.. Silalah follow aku  hudaabdulrazak. Ini dua keping gambar tak semenggah aku.. (tak tahu apa itu semenggah cari lah senirik.)
 Aku pada hari jumaat 25012013
Time keje nih.
Sebelum ke majlis perkahwinan aishah 26012013

hari besar aishah

Sabtu 26012013 merupakan hari besar sepupu aku norul aishah bersatu dengan pilihan hati faiz. Damia aqeef icha datang sini. Gamatlah rumah maktam aku. Dua hari sebelum damia datang sini dia pakai inai sendiri. Inai tiub. Habis comot jari dia. Bila aku tanya kenapa pakai inai comot. Dia jawab kakak nak kawen dengan rayyan. Gatai betul anak buah aku. Ingat nikah khawin ni semudah ABC ke?
Di sana beliau memang asyik berkepit dengan rayyan saja. Nak cari damia kena cari rayyan dulu. Masa aku kecik-kecik aku bukan macam tu kan? hehhehe....
Aishah memakai sepenuhnya busana ciptaan amir jauhari. Cantik...

*aku sebenarnya teringin sangat nak jumpa blogger yang aku selalu hadap blog dia hari-hari. Kak hidd mihat. Dia satu pejabat dengan aishah. Tapi malangnya dia balik awal. Hanya tulisan kad hadiah dia je aku tatap. Comelnya tulisan dia.
aku macam mak-mak yang mulut tak reti nak stop untuk bercakap.
masa nih icha tengah menangis tapi dalam gambar dia macam tersenyum.
comelll

Terima kasih Allah

Alhamdullillah hajat hati aku sudah tercapai. Kini aku boleh akses dihujung jari sahaja.
Terima kasih Allah diatas rezeki yang Kau limpahkan.

kelapangan akal

Payah untuk meninggalkan
Tetapi lega apabila tidak lagi mengenangkan.
Susah bila berhadapan
Tetapi selesa bila tidak ketemu.

Bagi aku sendiri aku selesa dengan apa yang aku lalui sekarang. Kerja balik kerja menonton. 
Hujung minggu berkemas. Pulang kampung bila berkelapangan
Tak ada merajuk, tak ada bergaduh.
Yang ada hanya kenangan.
Insyaallah jadual aku kini akan berubah bila sudah sampai seru.
Doakan aku.

buat sahabat

Ditujukan buat sahabat aku yang tak jemu-jemu dengar bebelan aku. Kau memang terbaik. Aku sayang kau sangat-sangat. Aku pernah menangis depan kau. Dan selalu sangat aku share masalah aku yang tak berkesudahan ini. Bila aku sedih kau buat aku ceria. Gelak sampai tak sedar orang keliling. Kau tak pernah terasa bila aku marah-marah kau. Kau sanggup luangkan masa demi menceriakan aku seperti dulu. Aku sungguh menghargai kehadiran kau disisi aku. Bila aku sedih dan masatu kau sibuk kau tetap dengar masalah aku. Dan bila kau free kau akan datang jumpa aku. Untuk bagi kekuatan. Dan kekuatan  itu amat aku hargai. Terima kasih. I love u.