#impian01.

Satu lagi ikhtiar pada hari ini. Moga-moga berhasil.
Insyaallah.

alam maya / tanggungjawab

Tiba-tiba terfikir tentang ini.
Tentang alam maya yang hebat diperkatakan
Bolehkah kita bermasa sedangkan kita ada berlambak-lambak tanggungjawab yang harus kita lunaskan
Tiba-tiba terfikir masa mereka 24/7 ker 30/7
Contohnya : dulu sewaktu bujang selalu update status, selalu berkebun dekat farmville, selalu deco rumah, selalu jadi boss untuk masak dalam restaurant
Pendek kata 24/7 dengan facebook
Tapi sekarang sejak dah kahwin dan ada baby jarang lihat update hanya akan muat turun gambar anak.
Perihal anak. Dah pandai itu dan dah pandai ini
Sebab mereka banyak tanggungjawab dan mereka mengejar masa dan menghargai setiap saat masa berlalu.
Itu orang yang tahu tanggungjawab dan menghargai sekeliling
Tapi ada juga orang bercerita ada orang yang dah kahwin + anak deret-deret setiap setaun seorang tapi setiap hari pagi petang dan malam asyik menghadap alam maya yang tak berkesudahan
Mana pergi segala tanggungjawab mereka
1)Ok mungkin dia ada maid
2)Mungkin suami dia rajin
3)Mungkin anak-anak dengar kata
4)Atau mungkin dia hanya berhias diri untuk suami dan berhibur di alam maya mukabuku
Mungkin no 4 yang betul sebab anaknya berderet setaun sorang. Whopppsss

Agaknya saya dah kahwin apa pula saya masa itu...

hajat

Mohon sangat saya akan berjaya mencapai hajat saya. Harapkan hajat akan tertunai pada tahun ini.
Insyaallah

terlalu prihatin

Tabik spring dengan sikap prihatin rakyat malaysia.
Terlalu prihatin sehinggakan kaki saya lenguh akibat menekan pedal
Maklumlah kereta kecilku hanyalah manual
Semalam ke tempat kerja menaiki komuter
Sampai kerja awal. Almaklumlah kita ikut time pengangkutan awam
Tapi bila balik tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata
Sudahlah komuter lambat. Asyik-asyik delay
Dapat tahu train 6 coach
Lega mungkin tidak akan sesak seperti selalu
Malangnya, saya didalam macam tin sardin
Berhimpit mampat. Dipenyek oleh orang yang gagah
Habis sudah ke-tuff-an saya.
Okey serik naik komuter. Harini tukar naik kereta balik
Tapi malang lagi apabila lepas sahaja membayar toll kereta bagaikan perisa strawbery, coklat, vanila yang minta roti untuk ditempek.
Saya pelik. Sudah jam sebegini pun masih jem yang teruk
Jalan punya jalan
Clucth berfungsi dengan baik tapi kaki yang manja nih masih terasa lenguh akibat menekan pedal.
PUNCA menyebabkan kesesakkan adalah van berhenti dilaluan kecemasan.
Mungkin van gagal berfungsi. Selepas itu jalan kembali normal
Itulah orang malaysia terlalu prihatin
Suka melihat pemandangan sekeliling
Prihatin pada benda yang salah
Kalau tolong boleh terima
Tapi hanya lihat dan memperlahankan kenderaan apa guna
Akibatnya pemandu manual mengalami kesakitan.
Sekian.

busybody?

Saya busybody. Ya itu saya mengaku..
Kalau benda tidak betul dan tetiap hari kene hadap takkan nak berdiam diri.
Kene redha tapi dalam hati menyumpah seranah.
Tegur sekali tiada respon
Dua kali buat deq
Tiga kali macam tuli
Didik damia pun tak macam tu
Sebab budak kecil tahu kita marah.
Tahu benda itu salah, tak betul dan jangan buat.
Senang saja kita selesaikan.
Lepas tegur marah-marah sikit tunjuk garang lepas tu umpan coki-coki dah boleh senyum sebab tahu budak-budak akan dengar nasihat.
Tapi kenapa budak besar tahap boleh jadi mak orang ni ketegaq sangat


Ada orang cakap saya terlebeh concern
Bukan niat saya nak jaga kebajikan kawan-kawan
Tapi saya takut sesuatu yang buruk terjadi
Saya sayang mereka sebab mereka sebahagian dalam kehidupan saya
Tapi sayangnya segala bentuk nasihat tidak dihargai
Malah terasa sesuatu akan berlaku


Saya tidak suka dengan keadaan sekarang
Kusut otak bila fikirkan
Tapi saya terpaksa akur
Itu pilihannya, itu kesukaannya
Jadi apabila terjadi sesuatu yang buruk jangan salahkan saya
Nanti lempang kilat melekat dekat pipi licin tu.

kali ini bersama keluarga

Saya kembali lagi ke kuala terengganu. Kali ini bersama keluarga. Datangnya ke sini adalah untuk meraikkan majlis sepupu saya. Sekali lagi, terengganu amat panas. Tetapi kedatangan kali ini menguji tahap kesabaran kami semua. Kami beramai-ramai menaiki bus yang telah di tempah. Bus persiaran okeyh. Hahaha ingatkan bus sekolah baru nak perasan budak sekolah. Janji dengan driver bus pukul 10malam tetapi janji melayu memang begini. Pukul 11.30 baru sampai. Mujur sampai kalau tak lantik kak long gegar kawasan orang tue
Pada asalnya sampai saja kami di terengganu terus menuju ke pasar payang tetapi terpaksa dibatalkan akibat bus rosak ketika berhenti solat subuh di masjid Jerteh. Bengkel buka pukul 9lebih jadi kami beramai-ramai bersabar. Kesian damia mengantuk dan meragam kerana tidur terganggu. Hampir jam 12 barulah bus boleh dihidupkan dan berfungsi.
Dari jerteh ke kuala terengganu makan masa selama 2jam.
Trus ke rumah pengantin. Makan dan minum.
Bersiap gerak dan bersiap untuk pulang. Sebelum itu singgah di masjid kristal. Sempat ambil gambar beberapa keping saja. Terus bergerak ke kota bahru. Singgah ke wakaf che yeh. Tibanya disini hujan lebat dan mampu lihat dari dalam bus.
Pendek kata rombongan kali ini hancur. Tapi takpe kenangan dengan keluarga adalah saat manis bersama.

hati sakit

Kalau dari -ve berubah kepada +ve ramai orang suka.
Kagum dengan perubahan yang dicapai
Tapi, kalau +ve berubah kepada -ve.
Susah nak cakap
Segala nasihat, teguran semua tak peduli
Bila orang atasan tegur, mulalah sakit


Mungkin benar orang lain sakit hati
Tetapi kalau begini selalu...macam mana?
Ada jalan penyelesaian
Ada kesudahan yang membina


Teguran oleh pihak atasan bukanlah sebab untuk menjatuhkan kamu
Tetapi teguran secara baik adalah cara yang matang.


Pening bila orang tidak reti menilai.