busybody?

Saya busybody. Ya itu saya mengaku..
Kalau benda tidak betul dan tetiap hari kene hadap takkan nak berdiam diri.
Kene redha tapi dalam hati menyumpah seranah.
Tegur sekali tiada respon
Dua kali buat deq
Tiga kali macam tuli
Didik damia pun tak macam tu
Sebab budak kecil tahu kita marah.
Tahu benda itu salah, tak betul dan jangan buat.
Senang saja kita selesaikan.
Lepas tegur marah-marah sikit tunjuk garang lepas tu umpan coki-coki dah boleh senyum sebab tahu budak-budak akan dengar nasihat.
Tapi kenapa budak besar tahap boleh jadi mak orang ni ketegaq sangat


Ada orang cakap saya terlebeh concern
Bukan niat saya nak jaga kebajikan kawan-kawan
Tapi saya takut sesuatu yang buruk terjadi
Saya sayang mereka sebab mereka sebahagian dalam kehidupan saya
Tapi sayangnya segala bentuk nasihat tidak dihargai
Malah terasa sesuatu akan berlaku


Saya tidak suka dengan keadaan sekarang
Kusut otak bila fikirkan
Tapi saya terpaksa akur
Itu pilihannya, itu kesukaannya
Jadi apabila terjadi sesuatu yang buruk jangan salahkan saya
Nanti lempang kilat melekat dekat pipi licin tu.

kali ini bersama keluarga

Saya kembali lagi ke kuala terengganu. Kali ini bersama keluarga. Datangnya ke sini adalah untuk meraikkan majlis sepupu saya. Sekali lagi, terengganu amat panas. Tetapi kedatangan kali ini menguji tahap kesabaran kami semua. Kami beramai-ramai menaiki bus yang telah di tempah. Bus persiaran okeyh. Hahaha ingatkan bus sekolah baru nak perasan budak sekolah. Janji dengan driver bus pukul 10malam tetapi janji melayu memang begini. Pukul 11.30 baru sampai. Mujur sampai kalau tak lantik kak long gegar kawasan orang tue
Pada asalnya sampai saja kami di terengganu terus menuju ke pasar payang tetapi terpaksa dibatalkan akibat bus rosak ketika berhenti solat subuh di masjid Jerteh. Bengkel buka pukul 9lebih jadi kami beramai-ramai bersabar. Kesian damia mengantuk dan meragam kerana tidur terganggu. Hampir jam 12 barulah bus boleh dihidupkan dan berfungsi.
Dari jerteh ke kuala terengganu makan masa selama 2jam.
Trus ke rumah pengantin. Makan dan minum.
Bersiap gerak dan bersiap untuk pulang. Sebelum itu singgah di masjid kristal. Sempat ambil gambar beberapa keping saja. Terus bergerak ke kota bahru. Singgah ke wakaf che yeh. Tibanya disini hujan lebat dan mampu lihat dari dalam bus.
Pendek kata rombongan kali ini hancur. Tapi takpe kenangan dengan keluarga adalah saat manis bersama.

hati sakit

Kalau dari -ve berubah kepada +ve ramai orang suka.
Kagum dengan perubahan yang dicapai
Tapi, kalau +ve berubah kepada -ve.
Susah nak cakap
Segala nasihat, teguran semua tak peduli
Bila orang atasan tegur, mulalah sakit


Mungkin benar orang lain sakit hati
Tetapi kalau begini selalu...macam mana?
Ada jalan penyelesaian
Ada kesudahan yang membina


Teguran oleh pihak atasan bukanlah sebab untuk menjatuhkan kamu
Tetapi teguran secara baik adalah cara yang matang.


Pening bila orang tidak reti menilai.

Terengganu darul iman

Date : 25/02/2012-27/02/2012
Vanue : Kuala Terengganu, Terengganu.


Kuala terengganu amat panas. Itu pandangan pertama apabila saya menjejak kaki disini. Hebat sungguh laut di terengganu ini. Kami semua menginap di sutera beach resort. Cantik dan menarik pemandangan di resort ini.




Day One :
Sampai di Terengganu pada pukul 8:10a.m. Kami merayau-rayau di sekitar kuala terengganu. Berpusing-pusing daerah manir, maydin mall dan jambatan toll ditamatkan. Jambatan tersebut boleh nampak view masjid kristal. Malamnya kami beramai-ramai makan besar untuk meraikan hari lahir kakak zakia.
Di Pasaraya Mydin
Cikgu
Bobo
Saya
Kami tanpa cikgu


Day Two :
Arghhh pagi-pagi kami beramai-ramai berlari di sekitar pantai. Memang tenang. Lupa sebenarnya umur masing-masing layak dapat anak. Pelbagai aktiviti kami lakukan. Apa yang teringat sewaktu zaman persekolahan kami lakukan. Selepas itu kami meneruskan aktiviti berjalan-jalan ke bandar kuala terengganu. Aktiviti menghabiskan duit dan bergambar. Pasar payang, kampung losong dan taman tamadun islam kami terokai beramai-ramai. Semua posisi bergambar kami lakukan. Weeeeeee


 Zakia
Huda
berhampiran pasar payang




Day Three :
Hari terakhir kami disini. Mesti akan rindu dengan deruan ombak pada waktu malam, rindu sunset yang cantik, rindu keadaan bergembira bersama-sama. Pusing-pusing lagi skali. Ke muzium melihat sejarah + artifak yang berada dimuzium yang terbesar di Malaysia.




*sangat terkejut dengan makan+minuman yang murah. The O suam cuma 50sen sahaja.
*pemandu di terengganu sungguh membahayakan. Mungkin tiada trek disana.
*suasana kampung yang jarang dijumpai sekarang

JOHOR DARUL TAKZIM

Date : 10/02/2012
Vanue : Batu Pahat, Johor.

Jumaat malam kami semua bergerak menuju ke Batu Pahat, Johor. Tujuan utamanya ialah menghadiri walimatul urus bekas budak rumah Yakut. Alhamdullillah segala impiannya tercapai. Tahniah, hidayah...

Selepas menghadiri majlis beliau kami semua menuju ke Johor Premium Outlets. Sekadar mencuci mata. Nak membeli takut tertunggak bill yang bertimbun. Niat utama ingin melawat JPO sahaja kerna banyak diperkatakan oleh kawan-kawan saya. Memang hebat tempatnya. Kebanyakkan butik-butik mewah. Bila masuk hanya mempu melihat. J

budak gedik bergambar
haiiih lahh huda razak..

Lawatan ke Johor kali ini amat menyeronokkan kerna :
·         Keluarga cikgu amat mengalu-alukan kedatangan kami anak dara genit.
·         Majlis hidayah+tom meriah. Happy sebab dapat merasa majlis orang selatan J
·         Tertunai hajat merayau ke JPO.
·         Ayer Hitam amat penuh dengan kedai cenderahati+perkahwinan.

checklist

Actually june tahun lepas sudah plan dengan budak rumah untuk bercuti. Bila masing-masing bersetuju untuk free-kan masa jadi cecepat booked date. Tanak last minute tarik diri. Ticket seperti biasalah "now everyone can fly" kami pilih. Menghitung bulan demi bulan, hari demi hari jadi Insyaallah hujung minggu ini kami berlima terbang ke negeri penyu telur.

Checklist
  • ticket
  • hotel
  • transport
ini bukanlah pertama kali kami bersama keluar kawasan lembah klang bersama-sama. seperti dahulu trip kami semua lancar dan kalau ter-miss tempat tue adatlah. diharap kali ini pun sama :)

Peristiwa 01012012

Seperti dirancang dan dijanjikan kami semua (bobo+kiah+huda+cikgu) meraikan tahun baru dan juga farewell party cikgu. Terhibur dengan gelagat sorang sorang kawan saya ini. Tetapi pada malam disebabkan perut saya yang tidak dapat terima makan malam dan saya seboleh-boleh sumpat juga menyebabkan lemak-lemak bertengkaran sesame sendiri.


Dan pada 01012012 saya dapat anak buah yang baru. Baby girl. Alhamdullillah baby dan kakak ipar saya selamat. Baby tak sabar-sabar nak keluar. Tak macam kakak + abang dia. Nak duduk lagi dalam karung tak mahu jenguk dunia. Cucu ketiga dalam keluarga razak ramlan. J