price tag

sekarang ringtone BB saya lagu nih..
saja gedix nak beritahu..
maaf jika tidak menyenangkan
[Jessie J]
Seems like everybody's got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the tale comes first,
And the truth comes second,
Just stop, for a minute and
Smile

Why is everybody so serious!
Acting so damn mysterious
You got your shades on your eyes
And your heels so high
That you can't even have a good time.

[Pre-chorus]
Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
Well pay them with love tonight...

[Chorus]

It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag

Ain't about the (ha) Cha-Ching Cha-Ching.
Aint about the (yeah) Ba-Bling Ba-BlingWanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.

[Jessie J - Verse 2]
We need to take it back in time,
When music made us all UNITE!
And it wasn't low blows and video Hoes,
Am I the only one gettin'... tired?

Why is everybody so obsessed?
Money can't buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now

Guarantee we'll be feelin
All right.

[Pre-chorus]
Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
Well pay them with love tonight...

[Chorus]

[B.o.B]
Yeah yeah
well, keep the price tag
and take the cash back
just give me six streams and a half stack
and you can keep the cars
leave me the garage
and all I..
yes all I need are keys and guitars
and guess what, in 30 seconds I'm leaving to Mars
yes we leaving across these undefeatable odds
its like this man, you can't put a price on the life
we do this for the love so we fight and sacrifice everynight
so we aint gon stumble and fall never
waiting to see, a sign of defeat uh uh
so we gon keep everyone moving their feet
so bring back the beat and everybody sing
it's not about...

[Chorus x2]

[Jessie J -Outro]
Yeah yeah
oo-oooh
forget about the price tag


fitnah

Memfitnah: Melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti.

Mengumpat dan memfitnah adalah perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam kerana kedua duanya boleh memusnahkan hubungan silaturrahim dan sekali gus merosakkan keharmonian kehidupan bermasyarakat. Maka bertepatanlah dengan ayat 191 surah al-Baqarah;

والفتنة أشد من القتل
Bermaksud: Dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya dari daripada membunuh.

Saya difitnah, dituduh dan ini mengaibkan saya. Saya sakit saya pedih dan saya sangat jijik dengan orang itu. Tolong bertanya sendiri kepada saya daripada menjaja nama baik saya kepada kawan-kawan saya. Mujur saya punyai kawan yang baik dan tidak percaya khabar angin fitnah dusta beliau. Apa beliau tidak puas hati dengan apa yang saya ada sekarang? Apa yang beliau benci dan boley menimbulkan fitnah sebegini berat.
Saya punyai didikan sempurna oleh kedua orang tua saya. Arwah bapak dan emak saya memang tidak mengajar saya melakukan perbuatan terkutuk itu. Benci bila terfikir balik akan fitnah yang dilemparkan.
Sekarang saya tidak dapat terima segala kata-kata dan perbuatan beliau. Saya rasa jijik. Berbaik dengan orang tetapi belakang memfitnah saya. Saya percaya dunia ini bulat. Karma. Setiap perbuatan buruk kita Allah nampak. Allah ada disamping orang-orang yang difitnah. Hanya kekuatan sabar yang saya perlukan kini. Saya perlu tempuh juga dan kekuatan itu saya perolehi oleh nasihat mulia emak keluarga dan kawan-kawan baik saya.

Lebiu mak, keluarga dan kawan-kawan saya:)
Allah always know what u doing.

what i'm using?

Tiba-tiba rasa macam nak share apa yang saya perlu guna seharian. Gedix Kawan-kawan saya memang setiap kali lalu depan guardian mesti perli saya. Tak mahu singgah ker? Kalau singgah ada saja barang yang di beli. Beli untuk keperluan harian. Simpan stock tak salah kan? Beli ketika sales. Ok sudah merepek.

GIGI

Saya suka sebab ada 3 colour.
Strong teeth / white teeth / Fresh breath

RAMBUT
Saya tidak suka akan satu brand saja. Saya akan bosan. Bila pergi treetment rambut mesti saya ada beli satu set. Shampoo + conditioner + serum
Di pasaraya pun saya akan membeli dan mestilah pantene dan sunsilk.



BADAN
Saya suka dengan haruman daripada Lux
Paling suka lux biru - (wake me up)
Juga saya suka strawbery watson. Manis saja bau. Rasa nak makan jer. Tenang.

PADS
Dari dulu hingga sekarang kotex adalah pilihan hakiki saya.
Saya mengunakan KOTEX STYLE.

MUKA
* Pencuci Muka

GARNIER
Sejak keluarnya garnier dipasaran saya memang menggunakkan garnier. Pernah juga tukar / cuba yang lain. Tapi mesti nak juga beli garnier.

* Bedak

PIXY
Murah saja bedak ini :)

* Eyeliner

REVLON
Kazen saya yang kenalkan. Thank you sha

* Lipstick
REVLON
Saya suka baunya dan warna

* Blusher
CLINIQUE
Saya suka. Ia melekap di pipi saya.

Jiran Baru

Ada jiran baru. Makin berserilah kami semua. Dan makin rajinlah saya membasuh kereta, mencuci lantai, menyapu lantai di depan. Mungkin aktiviti menanam bunga patut diperkembangkan lagi :0
Jiran pun selalu bila petang melakukan aktiviti lepak di hadapan rumah beliau. Cuma maklumlah adat melayu malu untuk bertegur sapa bila berlainan jantina. Setiap hari menantikan sapaan daripada beliau. Dah tak larat nak sapu dekat porch.
Kalau sudah berkawan nanti bolehlah berbuka puasa dan menghantar juadah bila ramadhan menjelma. Kan manis adat berjiran :)

GDO 04

Royale Bintang The Curve Damansara
25/06/2011 - 26/06/2011

Hooray kami berkumpul lagi. Kali ini siap tidur-tidur lagi. Bukan jumpa dan pulang tidur dirumah masing-masing. Cukup lengkap anggota 'P.i.C' Saya berkongsi katil dengan naddy dan aten. Dan wane dayu dan nysa katil yang lain.
Antara aktiviti yang sempat :
- menguji kelunakkan suara masing-masing
- mengenyangkan perut yang sedia lapar.
- pillow talk dengan rakan sekatil.
Tetapi masa amat membataskan kami semua. Maklumlah masing-masing berkerjaya. Terpaksa datang lewat dan pulang awal keesokkannya.
Breakfast memang kami mengisi sepenuh-penuh perut ini. OMG perut buncit sehingga dress yang dipakai kelihatan begitu comot.
Sedih sedikit hati kecil ini disebabkan pillow talk tidak dapat dijalankan beramai-ramai. Aktiviti ber-movie pun tidak sempat. Tetapi saya enjoy dengan semua yang hadir.
Next trip sila update.

HTAR KLANG

Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Date : 22 June 2011
Time : 2:30a.m - 5:00a.m
Setiap orang mempunyai masalah. Terpulang cara kita mengatasi dan bijak mengatur perasaan. Alhamdullillah saya punyai keluarga dan kawan yang begitu baik dan mengambil berat tentang diri saya. Terbaru, kawan saya hadapi masalah peribadi yang begitu membebankan. Amat simpati dengan tekanan yang dihadapinya. Setiap titisan air yang gugur daripada mata beliau begitu menguris hati kecil ini. Saya dan yang lain sentiasa mengharapkan duka hidupnya berakhir.
Masalah yang dihadapi menyebabkan beliau sesak nafas yang amat teruk, pengsan dan pucat lesi. Saya terkejut kerana dia terjelepuk didepan pintu bilik kongsian kami. Ya Allah, tolonglah kawan saya. Lemahnya beliau ketika ini. Ya saya memang speker rumah. Dengan keadaan terkejut terus saya mengejutkan yang lain. Maaf, kerna menganggu tidur yang lain. Jam 2:oo pagi terus menelefon jiran saya yang begitu baik hati untuk membawa kami ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Tibanya di HTAR masing-masing sibuk menolong. Saya terus ke kaunter pendaftaran. Beliau terus dihantar ke wad kecemasan. Kami masing-masing berkumpul ditepi beliau. Saya dari gelap mata (maklumlah mengantuk) terus cerah mata akibat mendengar suara yang merdu dan wauuu hensemya doktor itu. Muda ok...
Kawan saya diperiksa. Urin test, blood test dan masuk air. Selepas beliau masuk air terus terus beliau sihat seperti biasa dan boleh menyuruh saya meng-usha doktor yang hensem tadi. Tapi mengapa doktor itu seperti mahu menarik perhatian kami anak gadis. Adalah sessi mengumpat doktor itu sehingga membuatkan kawan saya yang sakit itu tergelak dengan kuatnya. Udie (jiran saya) tidur didalam kereta. Kesian sangat beliau sudahlah penat setelah pulang dari mendaki bukit. Kaki bengkak-bengkak. Tidur tidak cukup. Masih mahu menolong kami semua.
Setelah hampir pukul 5:oo pagi saya bertanyakan keadaan kawan saya. Beliau mahu pulang rumah. Terus kakak M.A itu bertanyakan doktor yang merawat. Dengan slumber biawak doktor itu bercakap dengan lantangnya. "dah boleh kuar pun gelak pun kuat sangat." Malu lorh doktor pun perasan dengan ketawa manja kami semua. Tetapi muka doktor hensem berbaju kemeja hitam begitu sayu sekali. 'kenapa doktor tak mahu kami pulang ker? kan ada contact no. Call jer saya. Saya menanti. Huhu'
Sedang menanti kereta tiba didepan pintu hospital tiba-tiba doktor itu lalu ditepi kami. Mahu menuju ke kafe. Bagitu hampir sehingga boleh terbau harumnya perfume beliau. Hahahah doktor gatal :) Belum kami semua make up. Muka masing-masing baru bangun tidur kot. Nasib tak pakai baju tidur. Waras lagi kami semua.
Keesokkannya mata masing-masing rabak akibat tidur sejam lebih saja. Tetapi demi persahabatan kami berjaya tempuh bersama.
Lebiu doktor hensem. boley?