hari emak

Hari ini (20hb Oktober 2010) genaplah umur emak saya yang ke-57 tahun. Saya mengharap sangat supaya emak saya sihat tubuh badan dimurahkan rezeki dikasihi oleh orang sekeliling.
Puan Normadiah Mahyuddin
Emak saya adalah orang paling rapat dengan saya setelah arwah bapak meninggalkan kami semua. Dialah bapak dan beliaulah emak. Semua bebanan dan kerenah anak beliaulah yang menanggung sendirian. Kadang-kadang terfikir emak saya tidak bekerja dan beliau suri rumah tetapi bila anak terdesak memerlukan duit beliaulah menjadi bank kami adik-beradik. Memang saya kagum dengan beliau. Emak saya tetap menunjukkan beliau kuat dihadapan kami walau sebenarnya emak saya tidak sesihat dahulu. Saya dapat melihat air muka beliau berseri-seri bila kami adik-beradik pulang ke kampung. Lagi berseri bila terlihat kelibat cucu-cucunya. Rumah gamat dengan jeritan si damia mengusik adik beliau aqeef. Dan bila kami adik-beradik mahu pulang menjalankan akitiviti harian kami memang sesak meninggalkan beliau sendiri. Emak saya bukan se-tuff dahulu.
Emak saya sentiasa berada disisi saya (walau sebenarnya saya di Shah Alam dan beliau di Taiping) ketika saya melalui perit getir putus kasih. Memang diakui semasa kecil saya amat manja dan menyayangi bapak saya. Tetapi bila sudah dewasa kini segala kenangan bersama kawan saya akan berkongsi dengan emak. Emak adalah pendengar setia saya. Jadi setiap aktiviti yang dilalui, saya akan cerita sehinggalah bil emak mencecah puluhan ringgit setiap kali emak menelefon saya. Kemana sahaja emak saya pergi, beliau sentiasa mengingati anak-anak dan cucu-cucu beliau.
Paling saya teringat sehingga kini, emak saya menangis ketika berdoa umtuk ketenangan hidup saya. Menangis emak saya menelefon saya kerana beliau terlalu sebak mengenangkan nasib saya. I love u mum. U r da besh mum in da world.
Kami semua sayang sangat dekat emak. :)

Admire**

Pagi tadi 141o1o seperti biasa memulakan rutin mahu ke tempat kerja. Almaklumlah tanggungjawab. Tiba-tiba ada note dekat cermin depan kereta saya. Note apakah? Maklumlah rumah saya kereta bersepah. Parking tidak cukup. Amat takut note warning daripada jiran tetangga. Segera mencapainya. OMG saya ada secret admire kah? Ok suka:) Amat perasan.
note daripada seseorang.

Sampai pejabat terus saya post wall fb saya. Gedix teramat.
Siapakah beliau? Minta-minta lelaki itu adalah lelaki pujaan gadix yakut.
Atau ada orang mahu membuat dajal terhadap saya.

Semestinya, kebenaran akan muncul. Cepat atau lambat sahaja. Mesti sabar menunggu.

tercapaikah?

Saya mulai risau dengan keadaan diri saya. Apabila kawan saya memberitahu BMI saya tidak okey. Tidak tentu arah dibuatnya. Memang saya sedari badan saya sedikit berisi tetapi diabaikan dengan mengatakan pakaian itu mula mengecut padahal memang lemak mengelebeh kot . Saya panik cuak biar betul belum lagi kahwin saya sudah sebesar ini. Cuba mendapat khidmat kawan saya yang berjaya menurunkan berat badannya. Bincang punya bincang sepakat menjalankan aktiviti beriadah di malam hari (ini adalah biasa bagi orang yang kerja bertungkus lumus disiang hari. Adakah?)
Antaranya :
Badminton
Jogging (hujung minggu sahaja)
Swimming
Gym
Futsal
Plan nampak jer menarik tapi tidak tahu akan terjadikah aktiviti tersebut? %%@#&***(

Selain itu saya juga mencuba mengurangkan makan-makanan berminyak, minuman bergas + ais banyakkan makan sayuran dan buah-buahan juga minum susu sekurang-kurangnya sehari sekali.

o91o1o 1o1o1o

Penat sangat. Hujung minggu begitu terisi. Tiada langsung masa untuk termenung mengenang nasib diri.

o91o1o - sungai gabai hulu langat
Jumaat masa untuk menyediakan pelbagai juadah untuk persiapan ke sungai gabai. Sangat berterima kasih kepada cikgu niza kerana jasa beliau membeli pelbagai barangan runcit untuk kelengkapan kesana. Kepada kak zakiah terima kasih kerana jasamu terhadap penyediaan makanan. Kepada yang lain kerana ringan tangan menolong persiapan kesana. Janji untuk bergerak kesana pukul 8:ooa.m tepat. Ketetapan masa untuk ekspidisi ini berjaya. Saya suka. Semua amat sporting. Itu adalah gadiz yakut...;)
 bergambar dihadapan rumah
semasa perjalanan

baru sahaja sampai di SUNGAI GABAI
aktiviti bakar membakar sambil berposing
kami semua *maaf ina baru uda perasan gambar kamu tiada
posing dalam air
kesemua gambar yang di-capture pada o91o1o
1o1o1o - curve mutiara damansara
Hari yang dinantikan oleh semua orang. Cantikkan tarikh tersebut. Hari ini saya bergedik santai bersama jorjes saya. Malangnya dayu dan wane tidak dapat hadir. Dayu tidak hadir disebabkan tuntutan kerja. Melepak menunggu nady dan mie di baskin. Agak lebamlah menunggu mereka. Karok nady tidak layan oleh itu memilih untuk menonton wayang sahaja.


Abang terlalu menyayangi adik beliau. Sangat suka
Berposing sambil menunggu naddy dan miee
huda dan nysa
 huda dan atin
 atin dan nysa
sampai sahaja nady truss memasukkan diri beliau. :)

[tahniah] dila bertukar status

Tahniah dila. Maaf tidak dapat hadir ke majlis pertunangan. Selamat menjalani kehidupan seharian sebagai tunangan orang. Dugaan dalam bertunang ini terlalu hebat (dengar kata-kata kawan) jadi tingkatkanlah kesabarannya. Insyaallah semua yang diimpikan akan tercapai. Majlis perkahwinannya insyaallah saya akan menghadirkan diri. Maklumlah kawan serumah berkongsi bantal. Kawan menangis dan kawan ketawa.

*Bilalah saya mahu dipinang orang. Minta-minta jodoh saya akan tercapai juga

Maaf gambar tidak diupload kerana beliau sendiri belum mengUPLOAD ke fb:)

teman baru

Tertunai juga misi saya yang terbaru. Selamat datang kedunia huda razak. Dunia penuh kesesakan otak dan kekalotan diri. Jadi mrs bb kamu jangan merajuk sampai merosakkan diri kamu yer. Sayangilah saya seadaanya:)

*Mrs bb saya bergaya dengan kulit merahnya. Saya sookakkk

open office 2010

Selasa, 28 September 2010
DRE MASRAFI SERVICES SDN BHD
Bandar Sunway Petaling Jaya.

Menyambut hari raya bersama-sama. Hanya staff yang berada di office sahaja meraikannya:)