misi : sudah tiga pasang kurung moden siap

Aku sudah siapkan dua pasang baju customer. Dengan sibuk kerja, assignment dan kerja rumah seperti biasa aku sempat curi masa juga. Kakak aku sudah dapat baju dia. Dia puas hati. Alhamdullillah aku senang. Mana tak tenang kakak aku tu miss cerewet. Memang risau dia complaint baju aku buat tu. Esok nak tunggu kawan aku datang amik baju dia pulak. Riso riso sebab kain dia lembut. Aku gagahkan diri buat walau pada mulanya aku da malas. Hahaha..
Sekarang misi semakin berjaya. Akak aku nak repeat order. Aku plak tolak buat masa nih. Bukan tolak rezeki sebab semalam adik aku dah kasi kain suh buat dia punya pulak. Kat rumah ada lagi 3 pasang kain customer. Nampak gayanya baju aku nak pakai rumah cikgu hujung bulan depan taktau sempat buat ke tidak. Dah lah kena reka kain yang sememangnya aku ta pernah belajar lagi.
Semalam lupa amik gambar baju kakak aku pakai. Insyaallah gambar ayu diana aku amik nanti. Nak post gambar tu kat sini.

a new career

Sejak dah rasa puas hati + selesa + nak lagi mahir aku cuba pamerkan hasil baju aku di instagram hudaabdulrazk dan di facebook huda razak. Aku ceritakan kehebatan aku dekat mak. Seperti biasa mak aku jadikan tempat kongsikan segala benda. Dia juga macam tu. Hahahahaa
Hari isnin aku bagitau dia baju aku dah siap alter tapi ada sedikit tak selesa di bahagian ketiak. Aku malas alter. Tapi dapat nasihat daripada mak, aku gagahkan juga alter balik hari selasa. Selasai siap dan selesa bila aku pakai. Hari rabu bila borak dengan mak dia bagi pesan. "kalau nak potong kain, eloklah potong hari khamis. orang cakap kain akan naik seri." Aku gelakkan je ayat mak. Tapi pesanan orang dulu ni macam-macam. Tapi potong kuku pun elok hari isnin, khamis dan jumaat. Ye dakkk????
Hari khamis pulak aku cakap respon dari sepupu sepapat, room-mate, housemate, kawan-kawan pasal baju aku. Orang siap nak tempah untuk raya. Aku siap pesan dekat kawan. Bagi kain bodoh-bodoh dulu kat aku. Aku takut tak sedap bila korang pakai. Yela setiap orang lain citarasa. Mak aku pesan lagi "kalau dah banyak orang tempah, silalah simpan duit beli mesin jahit tepi pulak". Aku gelak lagi. Lepas habis gelak aku bagitau mak "Ami ni baju orang pun tak potong lagi. Baru je orang nak anta kain malam ni." 
Harini jumaat aku dah dapat 5 pasang tempahan baju kurung moden. 
Kakak aku : kain cotton vietnam
Sepupu aku : kain sari (itu dia cakap kain bodo. pengsan aku kalau rosak kain die)
kawan aku : kain lembut nak mampus, kain kilat-kilat, kain corak berkaki.
Amaigad. Susah nih. Aku kena buat dulu kain chiffon aku. Kalau rosak tade orang nak salahkan aku. Ye dokk...
Esok ex-housemate nak ajak pegi jakel cari kain dan tempah dekat aku. Bulan depan kawan kitorang kawen.
Sekarang aku kena semakin kreatif untuk hasilkan pelbagai jenis corak untuk baju kurung moden aku.

Huda, please alert.

Aku selalu tak perasan apa yang aku hadap. Bila terlepas baru aku perasan. Barulah nak menyesal. Orang cakap kita kena berhadapan dengan realiti. Dan realitinya aku tak pernah sedar apa yang aku lakukan. Aku tak perasan aku pernah kecewakan orang. Aku juga tak perasan soalan final aku sebenarnya simple saja. Aku je merumitkan soalan tu. End up result aku memang tahap kecundang. 
Baru-baru ni aku tersedar sebenarnya aku ada berbuat salah. Kes awal tahun dan sekarang baru aku perasan. Aku menyesal sangat. Beria aku menangis. Kesian si penanggung derita. Bak kata pepatah menyesal tak berguna. Menangislah sampai lebam tapi benda tetap dah terjadi.
Impian selalunya tak seindah realiti. Jadi jangan terlalu bermimpi dan tolonglah sedar dengan segala aspek keliling. 

Misi baju kurung moden

Sebelum ni aku penah berniat nak belajar jahit baju kurung moden. Tapi niat tu tinggal niat. Tak pernah usaha untuk belajar. Baru-baru ni aku bercuti dengan keluarga ke vietnam. Tengok tempat orang, tengok keadaan mereka yang susah supaya kita insaf diri mensyukuri apa yang kita ada sekarang. Sampai je sana aku terus berpinar mata. Banyak sangat kain yang aku berkenan. Aku taktau kenapa diri aku tak dapat kawal nafsu membeli. Kesimpulannya banyaklah kain cotton aku rembat untuk diri senirik. Belum lagi tolong belikan dekat kakak ipar, sedara mara dan kawan-kawan. Aktiviti hari-hari membeli. Tak fikir lain. 
Sekarang pening kepala nak tempah kain. Kalau sepasang RM55 ni ada dekat 10 pasang. Belum kain-kain adik beradik aku yang lain. Dorang pun sekepala dengan aku. Malah lebih kot dari aku. Fikir-fikir aku nak jalankan misi aku. Misi yang pernah aku abaikan. Aku google kelas jahitan. Alhamdullillah aku jumpa kak sada. Kak sada banyak beri tunjuk ajar bagaimana ukur badan, buat pola kain, potong kain dan teknik jahitan. Rupanya bukan mudah nak menjahit. Aku fikirkan mudah saja. Patutlah kak ani kampung aku tu charge RM55 sepasang. Kalau dekat sini (shah alam) paling kurang RM90. 
Ada dua kelas. Sangat tekun aku belajar. Dan alhamdullillah hasil aku belajar aku boleh siapkan sepasang baju kurung moden yang selesa aku pakai. Baju tu memula aku jahit agak besar. Balik rumah aku tetas balik dan jahit sebijik macam baju yang aku tempah. Okey terover puji jahitan sendiri. 
Aku saja jer promote kat adik beradik, sepupu dan kawan-kawan. Alhamdullillah respon dari mereka sungguh aku terharu. Ada yang berkira-kira nak buat tempahan. Harap jahitan kedua aku menjadi lagi.