Petua 4 : Atasi kelemumur

Aku mengalami masalah kelemumur yang serius. Sebab kepala asyik gatal-gatal. Dah banyak syampu yang aku cuba. Tapi semua sama. Jadi aku ikut petua orang dulu-dulu. Pakai limau purut. Limau yang kerutu-kerutu tu. Yang daun dia buat tomyam.
Aku cuba sebiji dulu. Masa aku sapu dikepala memang pedih sangat. Serius macam nak nangis. Bila aku bilas dan keringkan rambut memang selesa saja kulit kepala. Kepala rasa ringan, wangi limau purut, dan tak gatal seperti selalu. Dan paling penting selepas rambut kering aku sapukan serum rambut dan rambut lembut macam pakai syampu. Ini lagi berbaloi dari pakai syampu. Malam nanti aku nak pakai lagi. Biar kelemumur kepala aku takut dah nak membiak. :)

treatment

Aku dalam proses baik pulih kulit muka aku. Aku rasakan kulit aku kasar dan pedih. Masa enjoy tak beragak. Paksa anak buah join skali berendam air panas dekat hot springs sungkai. Icha sampai tak relalah nak kena rendam lagi. 
Sekarang balik saja kerja terus cuci muka. Sebelum tidur pakai mask nutox yang fazura selalu pakai (tatau lah betul ke tidak sebab dia kan duta nutox. sebab tu aku beli). Pastu aku buat sendiri facial dirumah. Kulit dah tak pedih tapi jelaga kulit tak hilang lagi. Kena kerap usaha.
Disamping tu aku makan ESP. ESP kan baik untuk kulit. Jadi setiap hari aku amik. Aku sekarang tengah cari lottion vaseline yang putih tu. Watson kat area rumah aku tade. Dah habis tunggu stock baru. Laku eyh product tu. Harap jelaga tangan aku akibat memandu tanpa henti dapat hilang. :)