Petua 4 : Atasi kelemumur

Aku mengalami masalah kelemumur yang serius. Sebab kepala asyik gatal-gatal. Dah banyak syampu yang aku cuba. Tapi semua sama. Jadi aku ikut petua orang dulu-dulu. Pakai limau purut. Limau yang kerutu-kerutu tu. Yang daun dia buat tomyam.
Aku cuba sebiji dulu. Masa aku sapu dikepala memang pedih sangat. Serius macam nak nangis. Bila aku bilas dan keringkan rambut memang selesa saja kulit kepala. Kepala rasa ringan, wangi limau purut, dan tak gatal seperti selalu. Dan paling penting selepas rambut kering aku sapukan serum rambut dan rambut lembut macam pakai syampu. Ini lagi berbaloi dari pakai syampu. Malam nanti aku nak pakai lagi. Biar kelemumur kepala aku takut dah nak membiak. :)

No comments:

Post a Comment