Shaklee ESP+Omega+Herbalax

Semua kawan-kawan aku sedia maklum aku nak kurus. Tapi badan makin naik. Tak pernah timbang berat badan turun. Berat makin naik bila timbang. Aku banyak minum mineral, bersenam dan aku pernah sekat makan. Aku makan sekali sehari. Tapi bila result tak cemerlang aku kembali makan seperti sediakala. Aku sapu krim panas. Perut dan paha tetap sama tapi tangan aku yang merah akibat panas. Tetap berat tak pernah turun. Memang tak membantu. Malah nafsu makan aku kalah orang tak makan sebulan.
Aku fed-up. Lantaklah aku besar macam mana. Itu badan aku. Satu hari dak kelas aku capture picture masa aku tengah berdiri. Bila tengok picture tu aku sedih. Perut buncit. Kawan aku cakap aku mengandung 4 bulan. Aku anak dara tak kawen celah mana nak mengandung? Kak ipar aku memang jual shaklee. Dia dah ada pangkat pun dalam shaklee tu. Dia dah ada anak-anak didik pun sekarang. Dia tak pernah promote kat aku direct tapi die promote kat aku indirect. Yelah mungkin die nak jaga hati aku. Aku paham. Tapi aku tetap tak percaya produk makan slimming ni. Sebab dulu aku makan jamu tetap sama jer. Seksa lagi adalah. Sebab jamu tak sedap. Tapi persepsi aku berubah bila aku tengok sendiri perubahan kakak aku. Dia dah kurus dan kulit dia semakin gebu. Cantik sangat. Dah tak ada kesan rekahan. Kesan parut akibat eczima pun dah tak nampak.
Aku amik keputusan aku nak cuba. Dan harini hari pertama aku. Pagi-pagi lagi dah minum esp dan makan omega guard. Sampai je ofis terus amik herbalax. Dan perut lansung tade nafsu nak makan. Kawan ofis ada ajak makan ayam penyet peberet aku tu. Tapi aku cakap tak lapar. Tengah hari aku amik juga set shaklee tu. Aku kerap ke toilet sebab buang air. Dan aku cepat dahaga. Sehingga sekarang aku tak sentuh lagi nasi. Kawan aku yang makan ayam penyet tu sekarang lapar balik. Tapi aku rileks je perut tak lapar. Aku akan bagi result selepas tiga hari aku amik produk ni. Kak ipar aku nak tahu berat aku berapa selepas tiga hari. 

Sebab apa aku amik ESP + Omega + Herbalax :
ESP fungsi untuk kenyang kan perut. Dalam masa yang sama ESP boleh menghilangkan kesan parut dan rekahan. Lama-lama kita amalkan kulit kita akan bertukar menjadi putih.
Omega fungsi memecahkan lemak-lemak tepu. Omega juga baik untuk para pelajar sebab dia menguatkan daya ingatan kita. Aku kan pelajar tua. Bila bab menghafal memang menjadi masalah buat aku. Jadi aku memang suka dengan omega ni. Anak buah aku panggil ubat pandai.
Herbalax berfungsi sebagai detox. Disebabkan ni  setiap lima belas minit aku ke toilet buang air kecil. Ia mencuci usus kita. 

Dan aku harap dengan usaha aku kali ini berhasil. Aku nak berat aku masa belajar di poli.
Insyaallah

Childish

Final exam untuk semester kedua memang mendebarkan. Semester ni aku banyak benda kena uruskan sehingga aku tak rasa ilmu didada penuh. Semester lepas aku boleh jawab tanpa rujuk nota. Serius bulan disember ini aku stress. Belek buku pun tak jumpa jawapan. Kawan aku cakap kalau aku tak bergerak dorang pun pegun macam aku. Jadi aku sebagai kakak kena push mereka mereka. Penat jadi kakak...
Minggu lepas ada kelas ganti. Aku amik time kelas yang seperti biasa. Disebabkan kelas ganti kelas lain boleh share kelas dengan kitorg. Adalah satu group ni dah lah masuk kelas orang tapi belagak mengalahkan aku yang penumpang. Boleh perli pasal assignment aku nipis. Aku yang salah menjawab atau dia salah mendengar? Kenapa dia sediakan satu buku annual sedangkan lect mahu sebahagian saja. Dah la mata tu kejap kejap pandang belakang. Rimas tahu tak? Kawan-kawan pulak boleh promote diri die lagi. Kononnya hebat bangat. Mak rimas!!! Perangai macam zaman sekolah aku dulu lah. Nasib baik anak buah aku kalau suka terus bagitau suka. Tak payah nak minta tolong kawan promote diri sendiri. Itu cerita hari sabtu. 
Hari ahad aku ada kelas juga. Ini kelas terakhir untuk subjek financial. Lect sangat risau dengan kelas aku sebab apa yang dia ajar kitorang tatau. Aku pun risau diri senirik. Semester lepas aku score financial kot. Takkan sekarang nak kecundang. Mak tak rela. Lepas settlekan kerja semua hantar segala test dan assignment kawan-kawan aku borak sesama dorang. Masing-masing muka ketat. Aku sebagai kepochi haruslah turut serta. Rupanya dorang tengah kutuk budak semalam. Weh hormat sikit kitaorang. Kelas belum sedia habis yang korang masuk tanpa  izin siapa suruh. Bajet hot!!!
Okeyh minggu lepas memang aku hangin dengan mereka mereka. Tolong jangan dorang masuk kelas qmt sama-sama dengan aku. Aku tak suka!!!

A life

Dalam kehidupan ada turun naiknya. Bila kita bahagia kita lupa dulu pernah derita. Lupa istilah ada pasang surut kehidupan. Aku pernah bahagia dan pernah derita. Pernah jatuh dan naik semula. Berkat kesabaran dan doa mak aku tak renti-renti aku seperti sekarang.
Jatuh,
Bangun.
Jatuh lagi,
Kuatkan untuk bangun.
Jatuh,
Jatuh,
Jatuh terduduk,
Nak bangun balik amat payah. 
Tapi cekalkan hati dan kuatkan semangat untuk bangun semula. Kembali kepada asal. Alhamdullillah.
Bahagia yang aku cipta cuma sekejap sebab aku mungkin tak pernah mensyukuri apa yang aku peroleh. Hanyut dengan apa yang ada. Lupa itu semua milik Allah. 
Kembali tenang. Fikir apa yang aku lalui. Semua itu telah mendewasakan aku. Ya aku semakin kenal kepada kehidupan. Realiti kehidupan manusia.

Perubahan mengajar aku erti dewasa. Dewasa dengan alam sekeliling dan hal-hal manusia. Kenal hati budi dan sentiasa berjaga-jaga dari pelbagai sudut. Bukan aku cerewet tapi cuma berjaga. Tak mahu aku jatuh balik. Sebab bila jatuh aku takut payah pulak aku nak bangun dan berdiri seperti sekarang. Sekarang aku akan cuba untuk berlari. Sebab aku dalam proses berjalan. Dan berlari mengejar cita-cita yang memang aku impikan. 

Tolong jangan jatuh dan jangan cuba untuk terjatuh.