hajat

Dah tujuh tahun aku merantau mencari rezeki di Shah Alam. Dan dah hampir lima tahun aku dirumah sewa sekarang. Aku merupakan orang paling lama disitu. Orang keluar masuk. Bertali arus. Dan disebabkan itu aku ramai kenalan. Yang keluar disebabkan berpindah kerja atau berkahwin. Aku berhubung jugak dengan mereka-mereka. 
Bila di tanya soal jodoh aku diam. Belum rezeki lagi. Ada kawan aku anak dah dua. Tapi aku masih sendiri. Mereka ada kenalkan teman untuk aku. Tapi nasib tak menyebelahi aku. Datang dan pergi. Ya aku tidak sesuai untuk teman mereka. Dan mereka selalu kuatkan semangat aku menempuh perjalanan aku. Terima kasih whats app kerana menghubungkan kami dengan percuma!!!
Tiya ada kirimkan kata-kata semangat untuk aku. Terima kasih
Aliya ikut aku punya perkembangan. Aku hargai
Laili selalu bertanyakan khabar. Aku terharu
Cikgu aturkan kami kami berjumpa. Memang gembira saat tu.
Dan yang lain bukanlah tak concern tentang aku tetapi sibuk dengan hal seharian. Mereka akan berhubung di facebook tentang kawan kawan yang pernah serumah.
Jutaan tahniah kepada facebook dan instagram kerana setiap update kami dapat berhubung.

Tatau kenapa aku semakin  rasakan aku juga mahukan kehidupan seperti mereka secepat mungkin. Untuk tahun ini tidak mungkin. Doakan untuk aku pada tahun hadapan. Aku amat berharap.

Charity Climb

20112013 : Community service with rumah kasih harmoni


Semalam aku dengan kawan-kawan belajar menjemput anak-anak yatim dari rumah kasih harmoni ke Taman Cabaran Putrajaya. Tujuan diadakan bagi memenuhi task yang diberikan oleh pensyarah aku. Aku sebelum ni tak pernah terlibat secara lansung ataupun tidak dengan anak-anak yatim. Bila aku tengok mereka teruja masa sampai di sana aku sebak. Mereka semua mengikut kata. Segala arahan dipenuhi. 
Program yang diatur berjalan lancar. Alhamdullillah tiada sebarang kecederaan semasa melakukan aksi memanjat. Yelah budak-budak. Apa-apa yang terjadi dibawah tanggungjawab kami bersama. Dalam banyak-banyak aktiviti aku paling suka memanah. Sebab lantaklah ko panah kelaut sapa ada kisah. Tetapi bila bab memanjat aku memang gayat. Based on my experience aku kalau panjat jangan pandang bawah. Kalau pandang bawah memang aku takkan teruskan. Jadi semalam pun sama. Aku mula panjat masa adik-adik tu panjat. Pastu kawan kawan aku suh ketepi dan biarkan aku diatas. Tengok bawah terus kaku. Nak turun tak boleh dan nak teruskan pun tidak. Fikir-fikir terus aku kebawah dengan berhati-hati. Tahniah sue sebab berjaya naik sebanyak dua kali ke atas. Bangga dengan ko. Aku dan ayu separuh saja. Nad sibuk dengan panggilan telefon dari pejabat. Shaz pun boleh panjat tapi macam-macam dengar dia bebel. Laki sue yang paling happy. Asyik berlawan jer dengan bebudak tue. Tu antara kenangan paling happy aku. 
Bila aku bergaul dengan mereka aku dapat rasakan mereka kurang kasih sayang. Paling tersentuh bila syuhada duduk atas riba aku. Aku dapat rasakan apa yang dia rasa. Syuhada yang paling aktif bila memanjat. Aku sedih bila van mereka pulang. Aku memang sedih. Okeyh sebak.
Kami diawal pagi. Dibelakang kami anak-anak yatim baru sahaja tiba.

**Banyak lagi gambar kami bersama. Insyaallah aku akan upload gambar kami semua.


Riaksi muka

Aku akan jadi jelik bila orang selalu membanggakan diri senirik. Secara automatik terdapat perubahan pada muka aku. Macam muka tak ikhlas. Jujur aku tak pandai berlakon untuk selesa dengan orang yang selalu rasa diri dia hebat. Mungkin dorang akan perasan aku tak suka tapi nak buat macam mana. Ini adalah sifat negetif yang kekal dalam diri aku yang susah aku kikis. Aku memang nak berubah supaya orang takkan terasa dengan aku tapi buat masa sekarang aku tidak boleh. Maaf.
Baru baru ni kawan aku asik nak kipas (bangga) diri dia je. Aku dengarkan saja. Tiba-tiba dia stop. Dia pandang aku. Aku pelik. Terus dia senyap dan kunyah makanan. Dalam diam aku fikir sangatkah muka tak ikhlas aku? Takkan nak suh dia sambung. Jadi aku pun terus senyap.
Dulu aku pernah menempuh fasa riak aku. Aku cakap ikut suka mulut. Lupa penerimaan orang sekeliling. Selesakah telinga dorang mendengar. Dan sekarang aku jadi pendengar dan aku nak nyatakan disini aku tidak selesa. Hahaha. Hambik balik karma tu kat aku. Rasakan senirik.
Nak pandang cermin kejap. Nak praktis muka sehabis senyum. Muka nampak ikhlas.