sedarlah

Aku sekarang tengah hebat bersyarah dekat kawan aku. Kawan aku yang kecewa putus tunang akibat perempuan tu curang.

Baru-baru ni aku dapat text dari dia. Dia sembang-sembang dengan aku. Aku pun reply lah segala jadah apa yang dia borakkan. Tapi dia cakap kalau aku dapat tau apa yang dia buat sekarang mesti aku taknak kawan dengan dia dah. Apakah? Dia pun ceritalah kisah hitam dia sekarang. Aku bengang dengan dia. Apa banggang sangat sebab kecewa dengan bekas tunang dia pilih hidup dengan dosa. Nak cakap biul dia belajar tinggi. Aku pun tak sebijak dia.

Aku pun nasihatlah dia. Tapi tetap tak makan saman. Degil. Aku pelakung kang muka tu. Muka hensem keja bagus tapi hidup dengan nafsu. Nafsu songsang. Ishkk sekarang aku pula terlebih emosional. Sekarang aku buat sehabis mampu untuk bagi dia nampak salah apa yang dia buat. Kalau tak sedar lagi lantak kau lah. Aku malas dah!!!

tentang aku

Semua orang ada kisah silam. Dan bila aku lihat kenangan kisah silam aku, aku jadi malu. Malu kerana aku tidak pernah sedar tentang khilafku. Jadi aku abadikan segala gambar gedik  untuk aku sorang sahaja. Takkan aku nak tunjuk lagi dosa-dosa aku dulu. Tak larat tanggung semua dosa itu. Amalan aku pun kurang sangat aku rasa. Biarlah orang cakap aku out of fashion. Aku peduli apa. Janji aku tahu jaga batas pakaian aku. Tak sanggup nak biar bapak aku tanggung dosa aku dalam sana. 
Buat apa aku nak mengikut arus sedangkan aku tau itu dosa yang wajib aku tanggung. Pastu arwah bapak aku akan sakit didalam sana. Sebab tanggung dosa anak yang tak pernah nak ingat dekat dia. Sekarang tiba-tiba gambar lama muncul kembali. Aku tak salahkan siapapun. Itu memang aku dan itu memang kisah lama aku. Tapi aku sedih bila fikirkan gambar itu ditayangkan kembali kerana aku akan pikul balik dosa apabila ada orang melihat. Jadi aku minta dihapuskan. Alhamdullillah sekarang sudah tak ada lagi gambar itu. cukup hanya kami-kami saja yang mengingatinya... 
Bapak, walau tak dengar apa yang terbuku dihati, ami harap bapak ampunkan segala dosa ami selama ini. Ami banyak salah sebenarnya. Ami harap bapak tenang disana. Ami love u more.....
Mak, harap mak bahagia dengan perubahan ami sekarang ini. Insyaallah ami janji ami takkan macam dulu lagi. Nasihat ami kalau ami masih terpesong. Ami sentiasa dengar segala teguran mak.

ID Baru

Kad terbaru aku untuk jangkamasa lima tahun. Insya Allah...
Dengan kad ini aku boleh dapat wayang murah. Mesti aku selalu akan ke panggung. BRIM pelajar pun aku dah dapat. Tapi belum berkesempatan pergi membeli belah. 
Sekarang tengah tunggu kad diskaun dari uni...

sehangat asmara

Novel ni aku dah baca lama sangat. Dah hancur lunyai pun jadinya. Bila aku dapat tau novel nih nak didramakan aku sungguh excited. Nak tengok menjadi tak apa yang dalam novel. Buat masa nih aku sangat puas hati dengan jalan cerita yang di dramakan. hehehe... Novel ini antara novel yang paling aku suka. Aku boleh ulang balik tiap bait-bait yang aku telah baca. Tiap kali baca mesti aku akan menangis. Emosional nya aku!!! Aku selalu terbayangkan lelaki seperti Zainal Arief. Baik dan sangat menyayangi orang sekeliling beliau. Pastu keletah misya yang sungguh comel dan pandai.
Tadi aku dengar lagu RATUKU yang di ubah semula. Okeyh tetiba meja aku banjir. Sebak sampai aku menangis. Hishhh


ESOK 16/02/2013

Esok aku akan menjadi pelajar kembali. Aku akan mendaftarkan diri sebagai salah seorang pelajar di UiTM.  Risau sangat aku. Tadi aku jumpa boss aku. Minta sign untuk kebenaran majikan. Dia yang excited sebab aku mahu belajar. Dia siap suruh aku dapatkan modul untuk semester ini supaya dia boleh tolong aku memcapai pointer yang cemerlang. 
Emak aku dikampung menasihatkan aku supaya belajar rajin-rajin. Emak aku siap pohon maaf sebab tak dapat teman aku semasa hari pendaftaran. Kakak dan adik aku pun macam tu. Aku sebenarnya terkejut dengan pandangan positif orang sekeliling aku. Terharu aku. 
Esok aku akan kembali sibuk. Sudah tak ada hari senang lenang hujung minggu. Insya Allah mohon dipermudahkan segalanya. Selesai esok akan fikir masa untuk bulan May pulak. hehehe:)