Hitamberrykuh

28 september ritu hitamberry aku rosak. Tak boleh nak charge. Aku resah. Hari tu pula hari nikah my BFF. Pening kepala. Pastu habis segala benda hilang. Takde langsung connection dengan kawan-kawan. Dorang ingat aku sombong sebab diam membisu di alam maya itu. Aku tak berniat tetapi keadaan yang memaksa aku membisu untuk seketika. Satu oktober hitamberry dihantar repair di brighstar. Jangka masa dalam 14 hari. Aku akan dapat balik inchik berry aku 15 oktober. Semalam (16 oktober) aku dapat yang baru walau leawat sehari dari tarikh jangkaannya. Segalanya baru sebab yang lama sudah tidak boleh diperbaiki. Untungnya aku. Alhamdullillah rezeki. Terpaksa tanggung 15 hari tanpanya kini berbaloi dapat yang baru sebagai ganti. Muka aku kembang sekali kembang dengan hidung nih yang sedia kembang. Sekarang tengah kumpulkan balik kawan-kawan di BBM. Penatlah nak ingat balik. Tape take time....

kebersihan

Kebersihan sebahagian daripada iman.

Firman Allah bermaksud:
“…Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 222).
Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Kebersihan adalah separuh daripada iman”.
(Riwayat Muslim).
Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Ia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.”
(Riwayat Al Bazzar).

Justeru adalah amat wajar kita menjaga kebersihan diri, termasuk dikenakan wangi-wangian supaya tidak berbau busuk. Begitu juga menjaga kebersihan dalam rumah, dalam bilik air, luar dan di pekarangan rumah. Kebersihan sebenarnya adalah lambang peribadi seseorang.

Nabi Muhammad saw amat mengambil berat soal kebersihan berpakaian, sehingga baginda dilihat menjadi seorang sentiasa kemas dan bergaya.
“Sesungguhnya kamu akan datang (menemui) saudara kamu, oleh itu perbaikilah ar rihal (alat kelengkapan kenderaan yang diguna ketika menunggang kuda) dan baguslah semua pakaian kamu sehingga kamu kelihatan menarik, hebat dan berhemah di kalangan manusia.
Ini kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada busuk dan sangat buruk.”
(Riwayat Abu Daud dan Al Hakim).

Bilik tidur adalah bilik utama.
Ia ruang peribadi diri. Jika bilik tidur tidak kemas, bersepah dengan bantal, cadar dan kain selimut tidak berlipat, berlonggok sana-sini, sampah-sarap tidak disapu, maka melambangkan peribadi yang tidak bersih.

Bilik air merupakan ruang peribadi kedua selepas bilik tidur. Sudah tentu kebersihan bilik air sangat penting untuk keselesaan kita menggunakannya. Juga tempat yang digunakan untuk mengambil wudhu’. Kebersihannya perlulah diutamakan.

Ruang dapur bukan saja perlu sentiasa bersih, malah disusun kemas, supaya tidak mudah mengundang bahaya kepada ahli rumah. Ada kajian menunjukkan bahawa antara tempat yang mudah terdedah kepada bahaya ialah bahagian atau ruang dapur.

Ruang makan/ruang tamu turut menjadi bahagian penting dalam sesebuah rumah. Ini kerana bahagian ruang tamu menjadi pemerhatian pertama dan awal apabila ada tetamu yang datang. Ruang makan pula adalah ruang kita menjamu selera. Justeru ruang tamu perlu sentiasa dalam keadaan teratur dan kemas. Ini kerana tetamu yang datang perlu dijaga hati dan perasaan mereka.

Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:
“…bersihkanlah halaman dan pekarangan rumah kamu daripada kotoran dan sampah- sarap. Janganlah kamu menyerupai rumah orang Yahudi.”
(Riwayat At Tirmizi).

Khatib Al Baghdadi meriwayatkan;
“Sesungguhnya Islam itu bersih. Oleh itu, jagalah kebersihan, tidak ada yang masuk syurga melainkan orang yang bersih”.

pelik

Pagi tadi dalam komuter berborak dengan kawan aku. Borak punya borak memang tahap vokal aku perasan merdu nih kuat+nyaring. Memang borak tak pandang kiri kanan. Hebat dalam dunia aku dengan kawan aku. Biasalah kalau aku mula berborak tak fikir orang lain. Sebab aku suka cakap. Cakap apa saja yang terlintas dalam hati. Habis berborak lebih kurang 30minit. Itupun sebab dia nak mula kerja dan aku nk sampai stesen. Simpan saja handphone makcik sebelah menegur aku. Adik ni belajar ker? Aku geleng dan terus cakap saya bekerja.
Dalam hati, gaya aku berborak ni macam orang belajar ker? Macam budak-budaklah kan gaya aku.

Teguran tak membina

Hari jumaat lalu 28/09/2012 aku tergesa-gesa mencari coklat untuk membuat tambahan dalam hantaran BFF aku. Sebab sudah lewat ekoran kesesakan jalan yang super sakit. Selesai membuat pembayaran aku terus meletakkan coklat itu dalam handbeg besar gedabak aku. Tiba-tiba pakcik guard Giant menegur aku. Muka cuak aku dengan kawan aku sorang lagi. Ada masalah ker pasal pembayaran. Pakcik saya tak mencuri tau. Ada resit lagi kot. Aku cakap sorang-sorang dalam hati.
"Adik tolong jangan senyum. Pakcik takut tengok gigi adik yang terkeluar tu". Aku dengan muka terkejut terus aku jeling. Jeling tajam kot. Pakcik nih nak buat lawak tak kene tempat. Aku dah lah nak cepat. Pastu panggil aku macam aku buat kesalahan besar. Satgi aku kasi tampar laju-laju baru pakcik tu sedar dunia kot.
Bongoks. 

SatuOktober

Setiap tahun sudah enam tahun tarikh ini terlalu perit untuk aku ingat. Aku terlalu rindukan arwah. Setiap kali tarikh ini aku memang akan sedekahkan bacaan yassin untuk arwah. Tapi kali ini aku lalai. Aku ingat satu oktober. Tapi aku sebagai anak lalai tunaikan tanggungjawab. Dan aku rasa denyut jantung aku kuat. Apa akan berlaku pada diri aku ini. Berborak dengan kawan-kawan. Hendak hilangkan rasa resah. Dan beritahu harini hari lahir arwah bapak aku. Terus kawan cakap "kau tak baca yassin ker?" Terus aku teringat. Aku lupa. Selepas sessi makan malam dan aku terus sedekah bacaan yassin untuk arwah.
Allah hendak bagi petunjuk dengan pelbagai cara. Salah satu nya macam kes aku. Kawan tolong ingatkan. Terima kasih kawan....
Harap-harap pada tahun mendatang aku tidak lalai lagi.
Ya Allah semoga Kau tempatkan arwah bapak aku didalam orang-orang yang beriman yang Kau sayangi. Jauhkanlah seksaan kubur dan azab api nerakaMu Ya Allah. Amin...