berat

Adakah bila usia meningkat kadar pembakaran lemak menurun?
Tahun lepas dan sebelum itu sewaktu saya puasa sudah nampak perubahan fizikal. Tapi berlainan pada tahun ini. Sudah tidak nampak kadar penurunan yang drastik. Tetapi emak dan kakak menyatakan saya kurang berisi. Tetapi serius sehingga kini saya takut untuk timbang. Takut dengan keputusan yang mengecewakan. Tetapi saya akur mungkin zaman kurus saya tidak ada lagi. Mungkin berat 40++ sudah tidak ada dalam kamus hidup saya :( Saya kena kuat sebab bukan tidak berusaha kearah kurus tetapi takdir tidak menyebelahi boleh pulak buat ayat pasrah Jiwa kena kental dan harus pilih baju size M (paling kecil) dan seeloknya size L....Sedar, sedar, sedar Huda.
Hari ini genap anak bujang abanglong saya berusia DUA TAHUN. Happy 2nd years old Aqeef Amsyar. Achik nurul love u...

happy birthday NOORUL HUDA

Alhamdullillah saya masih bernyawa lagi untuk hari ini. Hari dimana kelahiran saya dibumi Allah. Syukur :)
23/05/1985 (bulan ramadhan) , 12:05 pagi lahirlah seorang bayi perempuan di Hospital Besar Taiping. Bayi seberat 2.45kg sahaja. Kelahiran memakan masa hampir satu hari kerana ibu bayi perempuan itu sudah menanggung sakit pada 22/05/1985 jam 8:00 pagi (sudah berada di labour room). Ibunya mahu memberi nama Nur Ellyana Izzati manakala ayahnya mahu menamakan Noorul Huda. Setelah ditimbal balik anak pertama dan kedua sepenuhnya diberi kebebasan untuk ibu menamakan nama anak jadi untuk bayi kecil ini diberi peluang untuk ayah menamakannya pula.
Itulah sedikit sebanyak kisah lampau yang diceritakan balik oleh orang tua saya. Cerita bagaimana kecilnya saya sewaktu baby. Bagaimana berhati-hatinya emak untuk memandikan saya. Cerewetnya saya ketika kecil sehingga doktor mengesyorkan untuk saya minum susu S26 (antara susu yang mahal). Hobi saya sewaktu kecil adalah menangis. Silap sikit mulalah melalak. Sampai arwah paklong panggil saya pengapit buruk. Asyik berkepit dan melalak.
Sekarang saya sudah besar, sudah berumur 27 tahun. Sudah kenal mana yang elok dan mana yang tidak elok. Pendek kata boleh berfikir dahulu sebelum bertindak. Tapi masih memerlukan nasihat orang sekeliling terutama emak tercinta saya.
Terima kasih kepada semua yang mengingati hari kelahiran saya di bumi Allah terutama kepada emak saya. Pagi-pagi lagi sudah menelefon  sewaktu saya menuju ke tempat kerja. I love u mum. Juga kepada kawan-kawan yang tidak henti-henti memberi ucapan di medium kecanggihan teknologi :- whats app, BBM, Text, Call dan di Facebook (twitter saya tidak aktif).
Ada kawan yang teradvance memberi ucapan. Bila beritahu esok cover line nak jadi orang pertama. Heehehee macam-macam ragam. Ada yang wish sampai berkali-kali. Amat terharu. Terima kasih semua :)

Detik

Alhamdullillah sempurna sudah kenduri aqiqah NUR AZZALEA DELISHA dan hari lahir MUHAMMAD AQEEF AMSYAR. Sudah lama kami tidak mengadakan kenduri dirumah. Lega... Satu perasaan yang yang selama ini gelisah sudah dilepaskan.
Sekarang menanti detik untuk saya bertukar umur. Umur yang makin meningkat.
Makin banyak komitmen.
Makin banyak benda remeh dilupakan.
Makin mahu privasi.
Makin mahu masa depan yang bahagia.
Adakah tertunai segala impian yang dibina setahun yang lalu?
Buat masa sekarang memang tidak nampak cahaya untuk impian itu.
Masih kabur. Mungkin tidak pernah berusaha kearah itu kerana takut tewas sebelum ke tempat penamatnya.