tragedi 23/05/2011

Happy bufdae HUDA RAZAK. Ok sekarang saya sudah gedek. Bukan muda belia lagi. Ok merapu pulak

Semalam kawan-kawan saya sepakat mengadakan bufday party saya. Ok cuma makan-makan dan malas untuk tiup lilin. Tiada cake tetapi yang ada hanyalah makan. Ok lah cuma makan-makan beramai-ramai yang penting happy. Sanggup kawan-kawan dari jauh datang makan sama-sama. Thankz ismarina, Elina, Tini, Padil, Hafiz, Hery dan juga Jefry. Saya makan sampailah tangan saya gatal. Maklumlah makan seafood..






balik dari puchong terus pegi lepak minum dekat 7. Okey semalam tidur lewat. Memang sekarang tengah pening.. toink toink toink...

maharaja lawak

Ramai orang sukakan jozan tapi saya amat meminati karya lawak daripada nabil. Paling suka sewaktu nabil buat lawak bersambung minggu pertama dan kedua. :)
ketika minggu pertama
dan, sambungannya minggu kedua.

Dan Jozan pula,

pada minggu keempat..

tahniah

Akhirnya zubir a.k.a gas kawan sekolah saya sudah berjaya dengan apa yang diinginkannya. Memang terkejut apabila dapat tahu band dia sudah ada album. Hebat. Ube sangatlah pemalu dan sangat sepi. Dia memang lelaki yang cool. Dia memang handal bermain drum. Kagumlah sama kamu. Sekarang kawan saya cakap dia selalu main kat damansara. Pakcik tolong bawa saya jumpa ube. Nak minta sign. Hehehehe :p
siap ada video klip sehh....
kawan saya yang pandai main gitar..
hensemkan?

08052011 happy mothers day

SELAMAT HARI IBU.
I LOVE U MAK

Tengok video ini memang teringat sangat dekat mak. Rasa nak balik taiping hari ini juga.
Mak amat bermakna bagi kami adik beradik. Tanpa mak kami semua tidak kuat setelah ketiadaan arwah bapak. Mak kuat, mak tetap menjadi pendengar kisah duka anak-anak. Serasa saya, sayalah asyik mengadu untuk mendapat kekuatan nasihat daripada mak.

Anyway, HAPPY MOTHER DAE PUAN NORMADIAH MAHYUDDIN

mak bersama anak-anak daranya.

hidup bermasyarakat

Ya, saya menyewa rumah bersama-sama rakan. Berbagai ragam kerenah dan kecerewetan. Pepatah orang tua-tua dekat bau taik jauh wangi. Jadi bila tinggal sekali memanglah kerenah setiap orang sudah sedia ketahui. Saya tak kata diri saya baik. Tak semua sempurna okey!!! Saya memang bukan jenis bercakap sopan santun, lemah lembut, duduk bersimpuh dan jalan lemah gemalai. Saya juga tidak pandai mengambil hati kawan-kawan. Kalau saya tidak puas hati saya akan tegur direct. Benar! saya memang begitu. Ini kekurangan yang ketara bagi saya tentang diri saya.

Baru-baru ini, owner rumah mengubahsuai pagar dirumah. Ya amat cantik bagi pandangan saya. Ada 2 pagar. Tujuan owner buat begitu disebabkan untuk meluaskan kawasan rumah kami. Maklumlah gadis yakut ada 7 biji kereta. Dulu kereta boleh parking sekadar 4 sahaja (itupun tahap maksima). Yang lain berlimpanganlah di kaki jalan. Sekarang bila disusun atur kereta boleh parking dihalaman rumah sebanyak 6 biji. Nampak tak rumah saya besar.. Padahal semua kereta kecil-kecil saja. Mungkin tujuan pengubahsuai pagar itu disebabkan aduan jiran tetangga. Maklumlah pagi-pagi bas lalu lalang. Kereta laju-laju sebab semua mahu ketempat kerja. Bila kereta berlimpangan memang menyukarkan mereka melakukan aksi fast5 lah.

Tapi memang tidak boleh tahan ada seorang ini memang ada sifat kepentingan diri. Beliau sungguh sopan santun. Saya akui saya tidak begitu. Sudahlah kau pergi keje awal tolonglah jangan penting diri. Disebabkan kau pagar yang didirikan tue tak ada fungsi. Sama saja kalau kau parking mementingkan diri. Tolong hormat kawan-kawan yang lain okeyh!! Kami semua pun bayar sewa. Disebabkan pagar yang cantik ini sewa sudah bertambah rm200. Bagi aku kalau kau pentingkan diri baik kau bayar saja pertambahan sewa semua. Sungguh tiada kesedaran sivik.

Okey semalam saya tegur beliau. Akibat terlalu marah dan penat saya mengawal antonasi suara sehingga suara saya bergetar. Memang mula-mula saya mahu tegur saya dah cakap jangan marah dengan apa yang dikatakan nih. Dan boley pulak beliau mengadu belakang saya kata saya marah. Kalau saya marah saya tak terseksa mengawal nada suara saya kot. Serius saya benci perangai sikap penting diri. Memang tade kesedaran sivik lansung. (nampak tak dah ulang lagi ayat yang sama. memang marah betoll) Lagi satu boleh tak buka minda sikit jangan terlalu fikir semua orang boleh ikut kerenah ko. Lama-lama tak tahan babe....

Sekian caci maki saya. Memang tengah menahan marah sekarang. Kalau rini tiada perubahan memang saya akan maki hamun macam apa yang beliau mengadu dekat kawan-kawan. Lantaklah kalau dia fikir saya jahat.


Kawan rapat?

Kalau kita mendapat kawan yang kita tidak pernah jumpa dan berlainan jantina bolehkah menjadi rapat?
Bagi saya boleh sebab saya ada seorang kawan pendengar setia. Saya boleh meluahkan segala isi hati yg sakit ini kepada beliau. Maklumlah dia tidak kenal saya dan saya tidak malu untuk bercerita segala hal peribadi saya. Kami berkawan sudah agak lama. Tapi kami pernah berjumpa sekali. Itupun sebab beliau mahu ketemu kawan saya. Maklumlah saya mahu satukan mereka berdua. Tapi jodoh tak panjang mereka berdua terputus ditengah jalan..:(
Tetapi sekarang bila saya sudah agak matang, saya juga berkenalan dengan lelaki melalui FACEBOOK (adatlah connecting people katakan) tetapi saya tidak yakin mahu mengenali kawan-kawan lelaki untuk menjadi bff saya. Benar, sebab saya takut mengganggu hubungan lelaki itu. Maklumlah lelaki sekarang sudah berkahwin tetapi status single kt fb. Memang tak boley pakai lelaki sebegitu!!! Tapi ada seorang nih pernah berpesan kamu jangan terlalu ego untuk mengenali hati lelaki.  Memanglah berkawan dulu kita tengok keserasian dahulu barulah mulakan hubungan. Sekarang saya mahu banyakkan kawan. Kalau sesuai dengan jiwa barulah menjadi kawan rapat saya takpun menjadi teman tersayang saya. Ok saya gatal.

Caci maki

Saya memang tak suka ambil tahu hal kawan-kawan saya. Saya tak suka nak menghebahkan cerita. Dan saya tak suka orang paksa saya untuk menjawab hal tentang kawan saya. Saya rasa tak perlu kot masuk campur hal tepi kain orang. Kain sendiri pun tak pandai nak ikat dengan kuat. Orang kata perempuan memang busy body tapi kalau lelaki busy body apa kes? Boleh tak encik jangan tanya saya hal kawan baik saya itu? Saya benci nak menjawab. Ask her yourself.... Sekian.. Caci maki daripada saya.