Kamu tetap seperti dahulu....

Saya juga wanita biasa. Yang masih menggagumi kaum adam. Sewaktu dizaman persekolahan saya banyak minat abang-abang yang muka macam cina pendek kata Jambu Air lah. Tertarik oiii kalau abang yang saya minat itu lalu automatik mata nih akan memandang. Lepas memandang akan tersenyum sumbing sorang-sorang. Gedik!!!

Tapi keadaan berubah. Sewaktu pendaftaran di Politeknik saya terpandangkan seorang. MANIS!!!  Tetapi jauh dengan apa yang saya minat. Kulitnya hitam manis+tinggi+kurus+terlalu pendiam+pemalu. Setiap hari sewaktu di kamsis saya akan mencari beliau. Dapat tengok dari jauh jadilah. Dialah pembakar semangat saya. SERIUS tak tipu. Tetapi selaku exco kamsis dan saya hanyalah penduduk kamsis yang tak bertauliah saya rasakan saya hanya pipit dengan enggang. Beliau penuh ilmu agama didada dan saya sebaliknya. Setiap pagi saya akan ternanti-nanti bacaan Al-Mathurat oleh beliau. Sungguh beralun. Terbuai-buai saya.

Dan BF pertama dalam hidup saya ciri-ciri fizikalnya bersamaan dengan exco ini. Serius dan x-BF saya itu juga adalah junior beliau dalam kursus yang sama. Tapi saya rahsiakan daripada x-BF saya ini perkara sebenarnya. Saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk cuba menjalinkan persahabatan dengan Exco ini. Dan Alhamdullillah saya berkawan dengan beliau melalui telefon. Saya tidak tahu beliau mengenali saya ataupun tidak. Tetapi yang nyata saya happy gila apabila dia membalas setiap msg saya terhadap beliau. Ada satu hari beliau menegur saya masa saya bersama-sama kawan berjalan pulang dari kolej ke rumah. Dari keadaan letih dan tak larat dengan kepanasan terus saya sejuk dan berbunga-bunga senyum saya. Saya rasakan itulah kali terakhir beliau bercakap dengan saya. Mybe :(

Kini, saya ada add beliau di FB. Saya rasakan beliau approve saya mungkin disebakan saya sekolej dengan beliau. Tapi saya takut mahu memberi comment atau PM untuk beliau. Saya hanya menjadi pemerhati terhadap profile beliau. Tapi, hari ini saya dapat PM dari beliau. Wahhhh sungguh terkejut saya. Walau msg itu hanya biasa saja tetapi saya sungguh terkejut kerana beliau masih mengingati saya lagi. Happy happy.. Walllaahhhh...

I love u lah :)
Ok GEDIK!!!!!

rambut baru...

Tarikh : 04/03/2011
Tempat : Andalas, Klang.

Sejak 4 march aku telah potong rambut. Sudah tidak tahan dengan keguguran yang terlalu melampau ditambah pula dengan buah-buah yang tumbuh tanpa dijemput dan juga bercabang-cabang susur galur rambut aku. Pening memikirkannya dan langkah terbaik memotong pendek. Seingat aku tidak pernah rambut aku sependek ini. Banyak tidak percaya bahawa itu adalah aku kerana berlain benar muka aku. Memang betul semua tangkapan mereka disebabkan rambut begini lagilah menampakkan aku muka berisi dengan jayanya. :)
Dari sisi tepi...
Nampak tak boolat?
Tq kepada Cindy kerana memotong dengan bersungguh-sungguh :)



Hati merancau. SAKIT!!!!

Biar betik, sudah lama sangat aku tidak meng-update blog ini. Mungkin bila kita happy, sudah tidak ingat untuk meluahkan sebarang kata-kata dekat papan kekunci. Benar, dalam semenjak ini kehidupan aku sungguh terisi. Hangat dengan kasih-sayang, keprihatinan kawan-kawan dan juga aku boleh melupakan sepenuhnya orang yang tidak layak aku kenang.

Tapi, kenapa sekarang jiwa aku sungguh kacau. Kacau dengan dugaan menimpa. Kenapa bila aku kecapi bahagia ada sahaja biawak-biawak datang menganggu. Rimaslah.... Tolonglah pergi dari sini. Sekarang aku macam mahu menjerit sekuat hati tetapi apakan daya aku berada di ofis. Kalau ditanjung gila sudah aku menjerit sehabis suara.

Sekarang aku keliru kenapa setiap kali bahagia aku akan menghadapi masalah dan masalahnya adalah masalah yang sama.. Sebabkan aku degil dan tidak menghormati orang. Ya Allah bantulah hambamu ini mengubah sikap yang tidak disegani oleh orang keliling. Amin..