Perkara WAJIB waktu bercuti

26 Ogos 2010
Kerja buat masa ini telah selamat dilunaskan. Hanya menanti detik waktu untuk pulang. Tepat pukul 4:30 petang saya akan chow...Hari ini saya berbuka di IPOH. Saya bercuti sehingga hari selasa. Banyak benda perlu dilunaskan sebelum pulang ke SHAH ALAM.

*Bersihkan kubur
*Lap tingkap rumah
*Kemas rumah
*Ambil baju raya dan mendobinya
*Balik SELAMA untuk berbuka bersama sepupu
*Buat kuih raya 

kawan saya punya hari besar beliau 30 ogos ini TETAPI saya tidak dapat meraikannya. Maafkan saya kerana tidak berjaya melakukannya seperti anda melakukannya :(

keMALASan

21 Ogos 2010
Semalam penat. Walaupun bukan makan dengan banyak tetapi cukup sudah membuatkan saya malas pada hari ini. Titik. Malas nak edit gambar. Malas nak bangun sahur. Malas nak baca novel. Malas nak tengok tv. [terukkan!!malas TERlampau].
Ada satu faktor yang menyebabkan saya terlalu malas sebenarnya. Emak saya datang sini...Jadi kesemua benda yang hendak dibuat diabaikan kerana takut tidak sempat menjemput emak di station bas. Okey sangat bahagia sekarang. Hari ini berbuka dirumah makcik di Hulu langat.

**Semalam sangat meletihkan memandu kereta ke Ampang. Jem terlampau teruk menyebabkan keadaan fizikal saya tidak terkawal emonya. Tetapi jumpa sahaja adik-adik semua kesakitan TERubat. Penawarkah mereka?..Balik Shah Alam kawan saya menawar diri menghantar saya. Sangat suka. (perlu kot sebab spec saya hilang)

setelah menyepi

20 Ogos 2010
Setelah lama tidak ketemu, akhirnya saya mahu berjumpa adik-adik jorjes saya. Agak lama merindui gelak gedik mereka. Nysa pengatur cara dimanakah lokasi dan merancang perkara-perkara berbangkit. Disebabkan saya ini amat sibuk dengan jadual yang ketat kami semua sepakat mengadakan pertemuan pada hari ini bertempat di Restoren Intai-intai Ampang. Semoga kami semua bergelak tawa, mengedik diri dan melepak tak ingat waktu. Malangnya Jujue Kuning tidak dapat hadir disebabkan masalah peribadi. Okey takpe kitaorang proceed yang ini dulu. Next peneng menaiki ANGGUN kamu mesti ikut yer.. Promise me!!!

akhirnya

18 August 2010
Jalan Yakut Shah Alam
Akhirnya misi berjaya. Hampir 4 bulan SAYANG AFB tidak didobi disental. Okey amat penat rupanya membasuh kereta. Selalu hantar kedai saja. Makan banyak sangat berbuka dan mempunyai perasaan malas handak ke surau untuk mengerjakan terawih saya bersepakat dengan HUDA ISMAIL mendobi kereta masing-masing. Sungguh bangga okey bila melihat SAYANG kembali normal seperti kereta jiran saya si ESTIMA putih. Hahahaha tak patut kot disamakan dengan si ESTIMA kerana kereta itu amat putih berkilat. STOP mencharut lagi tak tentu pasal lagi. :)

keluargaku TERCHINTA

31 julai 2010
IPOH, PERAK
Pulang ke IPOH. Hooorrrayy. Memang dinanti-nantikan. Maklumlah rindu dendam dengan DAMIA tersayang. Alamak sebenarnya saya juga amat merindui EMAK terchinta :) Sedikit majlis diadakan kerana dirumah mertua abang saya [kampung manjoi] untuk meraikan puasa yang bakal menjelang, anak beliau ke gaza [misi menyelamat masjid al-aqsar], cucu terbaru [tentulah Muhammad Aqeef Amsyar] cukur jambul + Aqiqah dan Nur Amirah Damia dua tahun.

Majlis meriah tetapi saya amatlah pemalu dan amat pendiam orangnya ketika majlis. Hanya bertenggek disisi emak dan sanak saudara saya. Sungguh baik Aqeef tidak meragam dan tidur saja sewaktu sessi marhaban dan menCUKUR rambut beliau. Dan, kakaknya Damia amatlah tidak boleh duduk setempat. Berjalan tidak cukup tanah TETAPI hanya akan senyap apabila berada disisi ayahnya.
Aqeef Amsyar didalam buaian

keluarga razak ramlan

Muka baru

Ini adalah saya yang baru. Setelah blog lama saya tinggalkan. Itu adalah kenangan bagi saya. Sudah tiba masanya untuk melangkah ke tapak yang baru. Sekian